Manchester United naik ke kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan meraih kemenangan keempat dari enam perlawanan selepas menumpaskan Burnley 2-0 di Turf Moor pada Sabtu.
United mengusai permainan pada separuh masa pertama dan berada di depan seminit sebelum waktu rehat menerusi Anthony Martial yang tenang memanfaatkan kesilapan Charlie Taylor.
Burnley yang tidak mencatatkan sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang satu jam perlawanan cuba bangkit menerusi percubaan bekas pemain United, Phil Bardsley. Namun Marcus Rashford mengesahkan kemenangan mutlak pasukannya.
Sound 🔛 for this one, Reds…#MUTV have caught up with the boss! 🔊#MUFC pic.twitter.com/TEWqFOL9di
— Manchester United (@ManUtd) December 28, 2019
United akhirnya tidak bolos buat kali pertama dalam tempoh tiga setengah bulan dan keputusan itu memastikan United memintas Tottenham yang seri menentang Norwich dan kini hanya dipisahkan satu mata dengan Chelsea yang akan bertemu Arsenal pada Ahad.
Sebelum perlawanan terdapat kekeliruan mengenai status Paul Pogba yang tidak disenaraikan di dalam skuad sekalipun pemain termahal United itu tampil sebagai pemain gantian ketika menentang Watford dan Newcastle United.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memaklumkan kepada MUTV bahawa Pogba masih belum pulih sepenuhnya dan pemain itu akan direhatkan buat sementara waktu dan ianya bukan masa yang tepat untuk berikannya bermain.
16 – Marcus Rashford has 16 goal involvements in 20 Premier League games this season (12 goals, 4 assists), as many as he got in 33 games in the competition last term (10 goals, 6 assists). Thriving. pic.twitter.com/pKxUWg7eNO
— OptaJoe (@OptaJoe) December 28, 2019
Ashley Young dan Brandon Williams menggantikan Aaron Wan Bissaka dan Luke Shaw di posisi pertahanan sisi sementara Scott McTominay yang cedera digantikan oleh Nemaja Matic yang bermain perlawanan EPL pertamanya sejak September. Daniel James pula menggantikan Mason Greenwood.
United dilihat sangat selesa pada separuh masa pertama dengan Martial dan Rashford garang membuat beberapa percubaan berbahaya termasuk percubaan yang dikeluarkan di atas garisan oleh Ashley Westwood.
Apabila Taylor kehilangan bola, Andreas Pereira segera melorongkan bola kepada Martial dan pemain antarabangsa Perancis itu tenang menewaskan Nick Pope dengan rembatan ke arah kanan pintu gol.
📸 Martial has been involved in 10 goals in his 13 #PL starts this season (7 goals, 3 assists)
It's Burnley 0-1 Man Utd (69 mins)#BURMUN @AnthonyMartial pic.twitter.com/4M69JtMWuJ
— Premier League (@premierleague) December 28, 2019
Burnley bermain lebih baik pada separuh masa kedua namun tidak menguji David De Gea sehinggalah pada minit ke-72 menerusi percubaan leret Bardsley dari luar kotak penalti namun penjaga gol Sepanyol itu cemerlang melayangkan badannya untuk menafikan gol penyamaan tersebut.
Hantaran lintang rendah Daniel James pada lewat permainan dimanfaatkan dengan baik oleh Rashford yang meluru ke arah gol dan menggelecek Pope dan segera menyumbat bola ke dalam gawang yang sudah terbuka.
United ternyata lebih berhak untuk menang dalam perlawanan ini dan menyaksikan pasukan itu cuba kembali untuk menghidupkan momentum kemenangan bagi memastikan slot ke Liga Juara-Juara Eropah dapat dicapai.
Jom pakat miliki model stadium pasukan kegemaran anda dari SBX!
Dari Old Trafford ke Stamford Bridge, ke Allianz Arena ke Nou Camp dan Santiago Bernabeu, kami ada model yang sesuai untuk koleksi anda.
Sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang, kalau dah tak ada idea nak bagi hadiah apa.
Murah-murah sahaja kami jual, hanya RM60 setiap model. Tap link di bawah sekarang untuk dapatkan stadium anda.
Stok terhad, bertindaklah sekarang!
Link: https://thesbx.com/?post_type=product&wrls_search_in=title,description,content,sku&s=Stadium