EPL 2019/20: Nketiah, Willock Bantu Arsenal Kembali ‘Temui’ Kemenangan

Arsenal

Jaringan duo pemain muda, Eddie Nketiah dan Joe Willock menjelmakan senyuman buat para penyokong Arsenal setelah The Gunners mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Southampton pada aksi yang berlangsung sebentar tadi.

Kemenangan bermakna di St. Mary’s Stadium itu hadir tepat pada masanya apabila Arsenal kecundang bertemu Manchester City dan Brighton sebaik sahaja saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung.

Tidak mahu diaibkan buat kali ketiga berturut-turut, skuad bimbingan Mikel Arteta itu mempamerkan corak permainan baik dengan gerakan yang seringkali dilancarkan ke kubu tuan rumah terutamanya pada 20 minit awal permainan.

Peluang terbaik Arsenal menjelma pada minit ke-10 apabila Pierre-Emerick Aubameyang yang berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan Southampton dalam kawasan penalti hanya berhadapan dengan penjaga gol, Alex McCarthy.

Percubaan jarak dekat yang dilakukan kapten Arsenal itu bagaimanapun berjaya dihalang McCarthy dan bola sekadar singgah di palang gol.

Berselang 10 minit kemudian, kecuaian McCarthy telah menghadiahkan jaringan pembukaan buat Arsenal selepas hantaran yang cuba mencari rakan sepasukannya berjaya dirampas Nketiah dan pemain berusia 21 tahun itu tidak mensia-siakan peluang terhidang.

Selepas itu, penguasaan bola lebih memihak tuan rumah yang berusaha keras untuk kembali menyamakan kedudukan. Tetapi usaha mereka tidak membuahkan hasil hingga tamat aksi separuh masa pertama.

Perlawanan bersambung menyaksikan Southampton berterusan dalam memberikan asakan dan mendapat dua peluang terbaik dalam kawasan penalti Arsenal.

Nathan Redmond yang tidak dikawal pertahanan dalam kawasan penalti memperoleh peluang terbaik tetapi rembatannya pula tidak menemui sasaran diharapkan pada minit ke-73.

Lima minit kemudian, Shane Long pula kecewa susulan ketangkasan ditunjukkan penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez yang menepis rembatan padu menerusi kaki kiri yang diledakkannya.

Ketika aksi sebenar hanya berbaki lima minit, malang menimpa skuad bimbingan Ralph Hasenhuttl tersebut selepas Jack Stephens dilayangkan kad merah berikutan kekasarannya terhadap Aubameyang.

Kelebihan itu digunakan sepenuhnya oleh Joe Willock bagi menambah jaringan kedua pada minit ke-87 selepas percubaan susulannya berikutan sepakan percuma berjaya menewaskan McCarthy.

Kemenangan bermakna itu meletakkan Arsenal di tangga kesembilan dengan 43 mata untuk turut serta menghidupkan peluang tipis bagi bersaing merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan manakala Southampton ketika ini di tangga ke-14 selepas meraih 37 mata.

Kredit featured image: Twitter Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN