EPL 2019/20: Manchester United Seri Lagi

Prestasi buruk Manchester United pada musim ini dalam saingan Liga Perdan Inggeris (EPL) berterusan selepas pasukan itu sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Aston Villa di Old Trafford.

Dalam perlawanan EPL minggu lepas, pasukan itu turut seri berdepan satu lagi pasukan yang baru dinaikkan ke EPL, Sheffield United dengan keputusan 3-3. Kemudian mereka merakam kekalahan pertama dalam saingan Liga Europa selepas ditundukkan Astana 2-1 pada Khamis.

Tyrone Mings muncul wira pasukan pelawat selepas memanfaatkan kelemahan benteng pertahanan United untuk menjaringkan gol penyamaan yang juga merupakan gol EPL pertamanya.

Aston Villa terlebih dahulu menghukum United dengan gol pembukaan seawal minit ke-11 menerusi Jack Grealish namun pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri penjaga gol yang juga produk akademi United, Tom Heaton.

Kemudian selepas bermula separuh masa kedua, Victor Lindelof memberikan harapan buat penyokong United dengan gol kedua United. Ia merupakan jaringan pertamanya pada musim ini.

Senyuman Solskjaer hanya mampu bertahan dua minit sahaja sebelum dimusnahkan Tyrone Mings yang tidak dikawal dengan membuat rembatan voli dari jarak dekat untuk gol penyamaan yang memberikan satu mata berharga buat Aston Villa untuk dibawa pulang.

Keputusan itu menyaksikan United hanya menang satu daripada empat perlawanan peringkat domestik mereka sebelum menerima kunjungan Tottenham Hotspur yang dibimbing oleh bekas pengurus mereka, Jose Mourinho pada pertengahan minggu ini.

Menjadi tugas berat buat Solskjaer untuk mengenal pasti kelemahan di bahagaian pertahanan kerana mereka gagal mencatat rekod tanpa bolos dalam sembilan perlawanan liga.

Keputusan itu meletakkan United di kedudukan kesembilan liga dengan 18 mata – menyamai pasukan Burnley dan Crystal Palace serta satu mata di belekang Arsenal dan Sheffield United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN