EPL 2019/20: Manchester City Kembali Bangkit, Benam Cabaran Sheffield United

Manchester City

Manchester City segera melupakan kekalahan bertemu Wolves tempoh hari selepas berjaya menundukkan Sheffield United 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20, awal pagi tadi.

Kejayaan di Stadium Etihad itu turut memberikan makna yang cukup besar buat pengendali Manchester City, Pep Guardiola kerana ia merupakan kemenangan ke-100 beliau dalam saingan liga paling popular di dunia itu.

Sedar hanya kemenangan sahaja dapat meletakkan mereka kembali di landasan untuk mengekori Liverpool yang selesa memimpin carta liga, Manchester City mempamerkan corak permainan menyerang sejak dari awal permainan.

Serangan berbahaya yang sesekali dilancarkan barisan pemain Sheffield United bagaimanapun hampir menjerat anak buah Pep Guardiola.

Ia dibuktikan apabila tuan rumah dikejutkan menerusi jaringan oleh Lys Mousset pada minit ke-29, tetapi Video Assistant Referee (VAR) berjaya mengesan penyerang berusia 23 tahun itu berada dalam keadaan ofsaid.

Jaringan yang dinantikan The Cityzens menjelma pada minit ke-52 selepas Sergio Aguero meledakkan rembatan padu sejurus menerima lorongan cantik daripada Kevin De Bruyne.

Setengah jam kemudian, De Bruyne pula meletakkan nama selaku penjaring apabila rembatannya dalam kawasan penalti hanya mampu dipandang Dean Henderson bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Kelebihan dua jaringan itu kekal hingga tamat permainan yang menyaksikan Manchester City mencatatkan kemenangan ke-13 untuk menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 41 mata. Sheffield United pula menghuni tangga kelapan dengan 29 mata.

Kredit foto: Manchester City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN