Liverpool turun buat pertama kali pada tahun 2020 untuk aksi Liga Perdana Inggeris. Lawan mereka adalah Sheffield United di Anfield.
Klopp awalnya menyenaraikan Naby Keita dalam kesebelasan utama pasukannya, namun pemain itu digantikan dengan James Milner pada saat akhir kerana kecederaan.
📋 TEAM NEWS 📋
Tonight's #LIVSHU line-up… https://t.co/rWkiRGoycP
— Liverpool FC (@LFC) January 2, 2020
Liverpool ternyata tiada menunggu lama apabila mereka terus di hadapan seawal minit ke-4. Mohamed Salah menerima bola kemas daripada Andrew Robertson. Mo Salah melakukan satu rembatan leret hasil first time shot yang kemas menewaskan Dean Henderson.
22 – Mohamed Salah has scored against 22 of the 25 different Premier League opponents he's faced as a Liverpool player, only failing to net against Manchester United, Swansea City and Aston Villa. Array. pic.twitter.com/VQdJItAqiu
— OptaJoe (@OptaJoe) January 2, 2020
Sheffield United cuba memberikan respon menerusi percubaan John Egan dan Lundstram – 2 percubaan dalam jarak 2 minit. Tetapi kedua-dua percubaan tidak berjaya menewaskan Alisson.
Mohamed Salah kemudian memiliki peluang keemasan untuk menambah gol. Umpanan Jordan Henderson berjaya menemui Salah, namun Dean Henderson cemerlang melakukan tepisan.
Tidak lama kemudian, Gini Wijnaldum melakukan lencongan cantik yang sedikit tersasar, kerana agak tinggi.
Liverpool terus dominan dan mereka sekali lagi menghadirkan ancaman menerusi Mo Salah yang menerima hantaran licik Sadio Mane. Tetapi sekali lagi Dean Henderson menghalang percubaan daripada bintang sensasi Mesir itu.
Virgil Van Dijk cemerlang melakukan bentesan untuk menafikan serangan pasukan lawan yang membentuk 3 vs 2 di kawasan Liverpool pada minit akhir sebelum rehat.
Separuh masa pertama menyaksikan Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-0.
We're ahead at the break. Salah on the scoresheet ⚽️ #LIVSHU https://t.co/TIXovfxbyE
— Liverpool FC (@LFC) January 2, 2020
Pada separuh masa kedua, Liverpool mendapat peluang gol menerusi sepakan penjuru, namun Virgil Van Dijk gagal menyempurnakan gol dari jarak dekat.
Dan minit ke-59, Mohamed Salah hampir menambah gol untuk Liverpool. Ini apabila hantaran lencongnya mengelirukan Dean Henderson dan hampir menerjah gawang. Bola terkena tiang dan Henderson cepat menangkapnya.
Gol kedua Liverpool akhirnya tiba jua pada minit ke-65. Ini berpunca daripada hantaran licik Mohamed Salah yang disudahkan Sadio Mane, hasil susulan, sebaik sahaja percubaan pertama dinafikan Dean Henderson.
Sadio Mané has now scored 25 Premier League goals at home since the start of last season, at least three more than any other player.
In only 30 games. 🏡 pic.twitter.com/HCkfQasHDB
— Squawka (@Squawka) January 2, 2020
Dean Henderson dikerah melakukan satu lagi hadangan pada minit ke-74. Ianya satu rembatan deras daripada Sadio Mane. Satu pilihan yang kurang tepat rasanya daripada Sadio Mane, kerana Firmino jelas berada di kedudukan lebih baik untuk menerima bola dan melakukan gol.
McBurnie kemudian mendapat peluang terhidang di hadapan gol. Namun tampanan beliau gagal menerjah gawang dan diselamatkan Alisson. Ia adalah peluang keemasan pada minit ke-86.
Liverpool berjaya memastikan 3 mata lagi di dalam tangan mereka dengan kemenangan ke atas Sheffield United dengan jaringan 2-0.
Kemenangan ini meletakkan Liverpool kini 13 mata di pucak liga dengan ada satu lagi baki perlawanan.
Namun 3 perlawanan Liverpool selepas ini adalah agak menarik. Ianya dimulakan dengan derbi Merseyside dalam aksi Piala FA, berhadapan dengan Everton.
Diikuti aksi EPL berhadapan dengan Spurs pada 12 Januari. Seminggu kemudian adalah perlawanan berhadapan dengan Manchester United di Anfield.