Liverpool memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya apabila membelasah Norwich City 4-1 di Anfield pada awal pagi tadi.
Juara Eropah itu terus mengganas pada separuh masa perlawanan, menjaringkan empat gol melalui jaringan Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Divock Origi dan gol sendiri Gran Hanley.
Norwich pula gagal memberikan tentangan yang diharapkan sebagai salah sebuah pasukan yang kembali bersaing di pentas tertinggi Liga Inggeris, tetapi Teemu Pukki akhirnya berjaya memberi gol sagu hati kepada penyokong pasukan pelawat yang hadir pada minit ke-64.
Perlawanan turut dibayangi kecederaan Alisson Becker sebelum tamat babap pertama perlawanan yang menjadi satu-satunya perkara negatif buat Jurgen Klopp dari perlawanan ini.
Up and running…
Get in, Reds ?
— Liverpool FC (@LFC) August 9, 2019
Rakus dari permulaan
The Reds tidak pernah menyembunyikan niat mereka untuk menamatkan badi 30 tahun tanpa kejuaraan liga apabila berada di hadapan seawal minit ke-7 perlawanan.
Wira di pertandingan eropah musim lalu, Divock Origi kali ini mencipta peluang jaringan melalui hantaran lintang dari sebelah kiri, sebelum ditolak masuk oleh Hanley untuk gol sendiri yang memberi pendahuluan kepada Liverpool.
10 – Liverpool have registered their 10th consecutive league victory, the fifth time they’ve had a run of 10+ wins in a row in the top-flight; more than any other side in top-flight history. Dominant. pic.twitter.com/fuftnP1lfK
— OptaJoe (@OptaJoe) August 9, 2019
Di bahagian serangan Liverpool tampak amat tajam. Namun di bahagian pertahanan ada ketikanya ia seperti Liverpool terlalu mudah memberi kesempatan untuk Norwich melakukan sesuatu. Mujurlah percubaan dari Marco Stiepermann dan Pukki sendiri misalnya tinggi atau diselamatkan oleh Alisson.
Liverpool kemudiannya melebarkan kedudukan. Setelah percubaan Andrew Robertson sekadar melewati palang gol, Salah bijak meloloskan diri untuk menyambut hantaran Roberto Firmino sebelum menewaskan Tim Krul pada minit ke-19.
Kemudian giliran Van Dijk menanduk masuk sepakan sudut untuk jaringan ketiga Liverpool – amat mudah sehingga tidak perlu melompat – selepas Norwich gagal bertahan dengan baik.
Kecederaan Alisson
Alisson terpaksa dikeluarkan selepas itu setelah penjaga gol Brazil itu tergelincir ketika mengambil sepak mula. Ini memberi laluan kepada penjaga gol baharu, Andrian debut pertamanya bersama Liverpool.
Penjaga gol dari Sepanyol itu tidak perlu menunggu lama meraikan gol pasukannya dari dalam padang setelah Origi menanduk masuk hantaran lintang Trent Alexander-Arnol melepasi jangkauan Krul untuk jaringan keempat Liverpool pada minit ke-42.
Gol sagu hati oleh Pukki tidak boleh menggugat dominasi Liverpool di keseluruhan 90 minit perlawanan, dan walaupun berjaya memperolehi tiga mata pertama musim ini, Klopp pasti kekal risau dengan situasi Alisson.