EPL 2019/20: Liverpool Miliki Skuad Lengkap Untuk Hadapi Cabaran Norwich City

Sepak mula saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan membuka tirai pada awal pagi nanti (jam 3:00am waktu Malaysia) dengan perlawanan diantara Liverpool dan Norwich City di Anfield akan menjadi perhatian.

Jurgen Klopp selaku pengurus Liverpool kini boleh menarik nafas lega setelah disahkan semua pemain skuad utama dilaporkan cergas sepenuhnya untuk menghadapi kempen musim baharu.

Pennyerang antarabangsa Senegal, Sadio Mane disahkan cergas untuk turun beraksi walaupun hanya mengikuti hari-hari terakhir pra musim setelah terlibat dengan tugasan antarabangsa bersama Senegal.

Pemain tengah berpengalaman James Milner yang tidak beraksi di perlawanan Perisai Komuniti juga disahkan sudah pulih dari kecederaan otot yang dialami.

Bercakap kepada wartawan menjelang perlawanan pertama kempen musim ini menentang Norwich, Klopp berkata beliau mahukan pemain kesebelasan utama yang beraksi dalam perlawanan ini nanti menunjukkan sikap ‘marah’ dan ‘dahaga’ demi memastikan Liverpool mampu mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

Ini setelah skuad kendalian beliau hanya dibezakan dengan satu mata berbanding Manchester City untuk kejuaraan liga – walaupun selepas itu bangkit membenam Tottenham Hotspur di UEFA Champions League.

“Apa yang paling penting setelah muncul juara UEFA Champions League (UCL) pada musim lalu ialah pasukan ini kekal sebagai pasukan yang lawan paling enggan hadapi,” ujar Klopp.

“Bukan kerana nama atau kualiti, tetapi kerana intensiti yang mampu kami pamerkan.

“Kami harus seperti marah, sentiasa dahaga. Kami harus kembali menjadi sebegitu. Hanya itu yang saya mahukan dari pemain dan itulah [karakter] yang harus dipamerkan [menentang Norwich].”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN