EPL 2019/20: Kesilapan Van Dijk, Alisson Hiasi Kemenangan Arsenal

Arsenal

Kesilapan yang dilakukan oleh dua tonggak utama Liverpool, Virgil van Dijk dan Alisson Becker menjadi topik utama yang menyaksikan Arsenal berjaya menundukkan juara Liga Perdana Inggeris itu 2-1 pada aksi di Emirates Stadium, awal pagi tadi.

Kekalahan dialami itu juga bermakna impian Liverpool untuk mencipta rekod baharu dengan mengumpul jumlah mata terbanyak dalam satu musim tidak kesampaian.

The Reds bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-20 apabila Sadio Mane berjaya membuka tirai jaringan selepas beliau berjaya mendapat umpanan dari sebelah kanan pintu gol Arsenal yang dilakukan oleh Andrew Roberton.

Kegembiraan kem Liverpool itu tidak mampu bertahan lama setelah Alexandre Lacazette kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Berpunca daripada cubaan Van Dijk untuk melakukan hantaran kepada Alisson, Lacazette bijak menghidu keadaan tersebut dan berjaya merampas bola lalu dengan mudah beliau menolak bola masuk membolosi kawalan penjaga gol kelahiran Brazil itu.

Kem Liverpool terus hampa pada minit ke-44 apabila kesilapan mudah dari Alisson pula telah memberikan jaringan kedua buat The Gunners.

Bermula daripada hantaran lemah Alisson yang cuba mencari Robertson, Lacazette sekali lagi berjaya memintas hantaran tersebut dan kemudiannya memberikan kepada pemain muda, Reiss Nelson.

Nelson yang tidak dikawal dalam kawasan penalti Liverpool, tidak melepaskan peluang terbaik itu bagi menjaringkan gol kedua yang merupakan jaringan kemenangan buat skuad bimbingan Mikel Arteta tersebut.

Arsenal kini berada di tangga kesembilan selepas mengumpul 53 mata hasil 13 kemenangan, 14 keputusan seri dan sembilan kekalahan yang dialami dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kredit featured image: Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN