EPL 2019/20 (Highlight & Laporan): Man United Tetap Menang Walau Gagal Sempurna Dua Penalti

Penjaga gol Norwich, Tim Krul menyelamatkan dua sepakan penalti yang dianugerhkan oleh VAR kepada Manchester United, namun gagal menghalang skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dari meraih tiga mata di Carrow Road.

Kemenangan ini adalah yang pertama di tempat lawan buat Manchester United di saingan Liga Perdana Inggeris sejak lapan bulan yang lalu.

Selepas gagal menang dalam semua perlawanan di semua pertandingan sejak menentang PSG di Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu, United kini merekodkan dua kemenangan berturut-turut – selepas turut menewaskan Partizan Belgrade pada Khamis lalu.

United mendahului pada minit ke-21 apabila pemain kelahiran akademi kelab, Scott McTominay merembat bola dengan kaki kanan dari dalam kotak penalti untuk menewaskan Krul.

United dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-28 perlawanan selepas Daniel James dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Namun Krul mudah merebahkan badan ke sebelah kanan untuk menyelamatkan sepakan lemah oleh Marcus Rashford.

Namun demikian Rashford – seorang lagi pemain akademi United yang sudah bersama England – tidak menunggu lama untuk menebus kehampaan tersebut.

Bermula dari hantaran cantik James dari bahagian tengah, Rashford tenang menahan bola dengan sentuhan pertama sebelum menewaskan Krul untuk melebarkan pendahulan buat United.

Lima minit sebelum babak pertama tamat, VAR sekali lagi memberikan penalti kepada United, selepas Todd Cantwell dipersalahkan kerana menghadang bola hasil percubaan Fred menggunakan tangan.

Sekali lagi Krul menyelamatkan sepakan, kali ini oleh Anthony Martial, dan United mendahului 2-0 sehingga babak pertama berakhir.

Seperti Rashford yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, Martial mengubat kekecewaan tersebut dengan satu jaringan pada minit ke-73 perlawanan.

Onel Hernandez menghadiahkan gol sagu hati buat Norwich pada minit ke-88 perlawanan.

Kemenangan tersebut membantu United melonjak ke tangga ke-7 liga. Norwich pula terperosok di tangga ke-19.

Video kredit: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN