EPL 2019/20: Gol Lewat Jahanbakhsh Kecewakan Chelsea, Aston Villa Tewaskan Burnley

Jaringan akrobatik pemain sayap Iran, Alireza Jahanbakhsh pada lewat permainan memastikan Brighton mengutip satu selepas mengikat Chelsea 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun baru di Stadium Amex.

Prestasi hambar The Seagulls dalam perlawanan tersebut dilihat bakal memberikan kekalahan di tempat sendiri, namun Jahanbakhsh yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada minit ke-84.

Cesar Azpilicueta memberikan Chelsea gol pendahuluan menerusi gol ketiganya musim ini apabila beliau merembat masuk dari jarak dekatnya selepas percubaan Tammy Abraham dihalang Aaron Mooy.

Sepanjang perlawanan, setiap serangan Brighton mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Chelsea. Bagaimanapun penjaga gol The Blues, Kepa Arrizabalaga tetapi diuji dengan menyelamatkan beberapa percubaan pasukan tuan rumah.

Dengan memperoleh satu mata, Chelsea menjarakkan mata dengan Manchester United yang berada di kedudukan kelima dengan lima mata. Namun The Red Devils berpeluang untuk mengejar apabila pasukan itu dijadualkan bertemu Arsenal dalam perlawanan yang akan berlangsung lebih lewat.

Dalam satu lagi perlawanan lain, Aston Villa membawa pulang tiga mata berharga dari Turf Moor selepas menumpaskan Burnley 2-1 dan berjaya keluar dari zon penyingkiran.

Jack Grealish pada awal permainan menyangka telah menjaringkan gol untuk pasukannya. Namun semakan VAR mendapati penyerang Brazil, Wesley berada di kedudukan ofsaid ketika sedang membuat gerakan ke arah gol.

Tidak lama kemudian, Grealish membantu gol Wesley untuk memberikan gol pertama Villa sebelum menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat babak pertama menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.

Burnley kembali menghidupkan permainan pada penghujung separuh masa kedua hasil jaringan Chris Wood dengan menewaskan Tom Heaton. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN