EPL 2019/20: Gol Ayew Buat Arsenal Gigit Jari

Gol penyamaan Jordan Ayew memberikan Crystal Palace satu mata ditempat sendiri ketika berdepan Arsenal yang bermain 10 orang apabila Pierre-Emerick Aubameyang dibuang padang pada separuh masa kedua selepas pengadil membuat penilaian menerusi VAR.

Kapten Arsenal itu meletakkan Arsenal terlebih dahulu di depan pada minit ke-12 hasil dari gerakan berpasukan yang disudahkan dengan rembatan rendah melepasi jangkauan penjaga gol, Vicente Guaita. The Gunners menguasai permainan sepanjang separuh masa pertama di Selhusrt Parl.

Tetapi Ayew membawa Palace menyamakan kedudukan setelah  tujuh minit babak kedua bermula menerusi rembatan yang terkena David Luis dan terbias melambung masuk ke gawang Arsenal menewaskan penjaga gol Bernd Leno yang ‘kelemasan’.

Aubameyang kemudian diarahkan keluar padang apabila terjahan kerasnya ke atas buku lali Max Mayer diberikan layangan kad merah. Pada awalnya penyerang Gabon itu hanya diberikan kad kuning, tetapi selepas semakan VAR dibuat, Pengadil mengubah keputusannya.

Max Meyer yang cedera terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan pemain baharu yang dipinjam dari Everton, Cenk Tosun.

Mengambil peluang kekurangan seorang pemain lawan, pasukan tuan rumah terus mengasak benteng Arsenal dan hampir-hampir mendapat gol kemenangan menerusi peluang keemasan hasil tandukan James Tomkins, namun Sokratis Papatathopoulos berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol.

Nicolas Pepe juga mendapat peluang untuk menjaringkan gol tetapi Guaita lebih cemerlang menepis percubaan pemain sayap tersebut dan turut menyelamatkan rembatan susulan Lacazette.

Pada lewat permaianan, The Eagles juga hampir-hampir menamatkan perlawanan dengan 10 orang pemain selepas Tomkins membuat terjahan lewat ke atas Gabriel Martinelli.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih belum mencapai sebarang kemenangan apabila pasukannya berkunjung ke tempat lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN