EPL 2019/20: Dua Jaringan Gabriel Jesus Bantu Manchester City Tundukkan Everton

Dua ledakan dalam tempoh lapan minit daripada Gabriel Jesus berjaya memberikan kemenangan 2-1 buat Manchester City menumpaskan Everton di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu hampir berada di hadapan seawal minit ke-13 tetapi jaringan pemain muda, Phil Foden.

Namun, jaringan tersebut terpaksa dibatalkan oleh Video Assistant Referee (VAR) selepas Riyad Mahrez terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Disiplin tinggi dipamerkan jentera pertahanan Everton dan ketangkasan Jordan Pickford pada babak pertama nyata menyukarkan Manchester City untuk menemui sentuhan jaringan.

Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan ketika waktu rehat, The Cityzens terus meningkatkan serangan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-51.

Berpunca daripada lorongan berkualiti daripada Ilkay Gundogan, Jesus melakukan percubaan ‘placing’ yang gagal ditepis keluar Pickford untuk membuka tirai jaringan.

Berselang tujuh minit kemudian, Jesus menjadikan kedudukan 2-0 selepas ledakan kaki kirinya terus membolosi gawang Everton.

Richarlison berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-71 tetapi jaringan tersebut tidak mampu untuk menghalang kemenangan ke-14 Manchester City dalam saingan EPL setakat ini.

Keputusan perlawanan lain

Brighton (1) lawan Chelsea (1)
Burnley (1) lawan Aston Villa (2)
Newcastle United (0) lawan Leicester City (3)
Southampton (1) lawan Tottenham Hotspur (0)
Watford (2) lawan Wolverhampton Wanderers (1)
Norwich City (1) lawan Crystal Palace (1)
West Ham United (4) lawan Bournemouth (0)
Arsenal (2) lawan Manchester United (0)

Kredit foto: Manchester City

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN