Wolverhampton Wanderers memanjangkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada 11 perlawanan selepas mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Brighton & Hove Albion di Stadium Amex pada Ahad.
Semua empat gol dijaringkan pada separuh masa pertama dengan Diego Jota memberikan gol pendahuluan buat pelawat menerusi serangan balas pantas dengan bermain hantaran satu dua bersama Raul Jimenez.
30 – Raúl Jiménez has been directly involved in 30 Premier League goals for Wolves (19 goals, 11 assists); the joint-most of any player for the club, along with Kevin Doyle (30). Productive. pic.twitter.com/VtNnG4Fmwo
— OptaJoe (@OptaJoe) December 8, 2019
Kemudian Brighton menjaringkan gua gol dalam tempoh dua minit untuk meletakkan pasukan tuan rumah di depan. Gol pertama dijaringkan Neal Maupay yang menerima hantaran jauh Jack Stephens sebelum melepaskan rembatan mengatasi jangkauan Rui Patricio.
Kemudian 96 saat selepas itu, The Seagulls menyumbat gol kedua apabila Davy Propper menanduk bola hasil hantaran lintang Leondro Trossard. Diego Jota kemudian kembali mengikat kedudukan seminit sebelum waktu rehat.
Keputusan itu meletakkan Wolves di kedudukan keenam liga dengan 24 mata daripada 16 perlawanan, menyamai jumlah mata yang dikumpulan Manchester United di tempat kelima namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Brighton pula kekal di tangga ke-12 dengan 19 mata di belakang Arsenal di tempat ke-11.
"I am doing my best, but I wasn’t scoring. I think today, with two goals, it was a good moment for me, but I’d switch it for the victory if it was possible."
🗣 @DiogoJota18 pic.twitter.com/w2AB6VH4j1
— Wolves (@Wolves) December 8, 2019
Kapten Wolves, Conor Coady yang ditemuramah oleh BBC selepas perlawanan mengatakan beliau senang hati dengan keputusan itu sekalipun dirinya dan pemain pertahanan lain melepaskan dua gol.
“Ia adalah mata yang berharga untuk berdepan dengan pasukan yang bagus. Kami mengawal permainan, jadi ada sedikit rasa kecewa kerana melepaskan dua gol. Kami sepatutnya mengekalkan pendahuluan, jadi kami perlu bertahan lebih baik selepas ini.”