Skuad bimbingan Pep Guardiola, Manchester City kini melonjak ke tangga kedua dalam carta liga selepas membelasah Aston Villa 6-1.
Sergio Kun Aguero memahatkan lagi statusnya sebagai legenda Manchester City. Ini pabila beliau menjaringkan hatrik ke-12 di dalam kariernya di EPL.
Aguero juga menjadi pemain luar England yang paling tinggi jumlah jaringan gol dalam sejarah EPL. Beliau menyamai rekod,Thierry Henry, serta memecahkan rekod pemain tersebut pada suatu malam yang sama.
Sergio Aguero v Thierry Henry
How their #PL goalscoring records compare… pic.twitter.com/vQWsE6X1aX
— Premier League (@premierleague) January 12, 2020
Kemudian Sergio Kun Aguero menyamai rekod Frank Lampard dengan 177 gol di liga utama England.
Hanya 3 pemain sahaja, ketika ini mencatatkan jumlah gol liga lebih banyak daripada Sergio Aguero di dalam sejarah EPL, iaitu Alan Shearer, Wayne Rooney dan Andy Cole.
Namun, dari segi catatan hatrik, Sergio merupakan pemain terbanyak melakukan hatrik dalam sejarah EPL. Beliau mengatasi Akan Shearer.
Aston Villa pula terus gagal mencatatkan aksi lebih baik pada musim ini. ini merupakan kekalahan paling teruk mereka di dalam liga sejak tewas 0-6 di tangan Liverpool pada 2016.
Manchester City menunjukkan aksi dominan sejak dari minit pertama perlawanan lagi.
Riyad Mahrez menjaringkan dua gol awal untuk pasukannya. Aguero menjaringkan gol ketiga Manchester City pada minit ke-28.
Sebelum rehat, Gabriel Jesus menambah satu lagi gol buat City untuk memastikan pasukan juara bertahan itu masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 4 gol.
Pada separuh masa kedua Sergio Aguero melengkapkan hatrik, dengan menambah dua lagi gol koleksi peribadinya.
Breaks Thierry Henry's Premier League goal record.
Breaks Alan Shearer's Premier League hat-trick record.
⚽️28'
⚽️57'
⚽️81'What a day for Sergio Aguero 👏#AVLMCI pic.twitter.com/lsWhVGFqN8
— GOAL (@goal) January 12, 2020
Aston Villa mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti pada minit akhir separuh masa kedua.
Aston Villa kini masih berada di zon penyingkiran. Pengurus Aston Villa, Dean Smith dengan terbuka menyatakan kepada wartawan BBC bahawa Aston Villa memerlukan pembelian pemain pada Januari ini.
Ianya selepas beliau membelanjakan lebih £100 juta pada jendela perpindahan yang lalu.