EPL 2018/19: Cipta Kemenangan 4-2 Menentang Burnley, Liverpool Terus Kejar Pendahulu Liga

Pasukan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool terus memberikan tekanan buat pasukan pendahulu, Manchester City selepas berjaya menundukkan Burnley 4-2 di Anfield, malam tadi.

Liverpool bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan seawal minit keenam setelah Ashley Westwood melakukan sepakan penjuru yang terus menerjah gawang dikawal Alisson Becker.

Namun, skuad bimbingan Jurgen Klopp itu menunjukkan tindak balas pantas untuk kembali bangkit dan hasilnya The Reds berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 menerusi Roberto Firmino.

Firmino yang tidak dikawal di hadapan pintu gol, menolak dengan mudah bola untuk menyamakan kedudukan akibat kegagalan Tom Heaton dan James Tarkowski mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hasil hantaran lintang Mohamed Salah.

Jaringan yang jelas menjadi pemangkin semangat buat Liverpool untuk menambah jaringan dan berselang 10 minit kemudian, Sadio Mane pula mencetak nama selaku penjaring gol Liverpool.

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 10: Roberto Firmino of Liverpool scores his sides first goal during the Premier League match between Liverpool FC and Burnley FC at Anfield on March 10, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Mane menggunakan kesempatan keadaan kucar-kacir jentera pertahanan Burnley dalam kawasan penalti susulan hadangan cukup baik dilakukan Adam Lallana dengan satu percubaan melencong yang terus menggegar jaring gol The Clarets.

Firmino ternyata bijak menghidu peluang apabila beliau berada di tempat yang cukup sesuai untuk menolak masuk dengan mudah bola ketika pertahanan Burnley, Charlie Taylor sudah pun berjaya memintas larian deras Salah pada minit ke-67.

Ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat juang anak buah Sean Dyche yang berjaya merapatkan kedudukan menerusi Johann Gudmundsson pada minit ke-91.

Namun, Sadio Mane memadam api kebangkitan yang cuba dijelmakan berselang dua minit kemudian setelah dengan tenang pemain skuad kebangsaan Senegal itu menggelecek Tom Heaton untuk keputusan penuh 4-2 memihak Liverpool.

Kemenangan ke-22 buat Liverpool itu memastikan mereka ketika ini hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City.

https://www.youtube.com/watch?v=GJ99eACCtfY

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN