EPL 2017/18: Pochettino Bakal Pertaruh 3-4-2-1 Dan Skuad Hampir Sama Tottenham Hotspur

Salah sebuah pasukan yang menarik untuk diperbincangkan dari segi prospek saingan pada musim hadapan ialah Tottenham Hotspur.

Bagaimanakah persiapan Mauricio Pochettino untuk menghadapi saingan pada musim hadapan?

Pembentukkan skuad

Sehingga artikel ini ditulis, Tottenham Hotspur kelihatan pasif di dalam pasaran pembelian pemain. Malah mereka telah melepaskan bek sayap, Kyle Walker kepada Manchester City dengan nilai perpindahan £50 juta.

Ini membuatkan penyokong Tottenham Hotspur tidak senang duduk kerana menyedari skuad sedia ada perlu dipertingkatkan kualitinya untuk memastikan kekal kompetitif.

Dalam temubual bersama wartawan baru-baru ini, Pochettino memberi jaminan kepada penyokong Spurs bahawa mereka sebenarnya aktif di dalam pasaran pemain dan turut mensasarkan beberapa nama.

Masuk:
Tiada

Keluar:
Kyle Walker (bek kanan, Manchester City)

Agak menarik untuk melihat siapakah pemain yang akan disasarkan oleh Mauricio Pochettino sepanjang jendela perpindahan yang akan ditutup pada akhir bulan ini.

Squad depth

Tottenham Hotspur disifatkan sebagai skuad paling seimbang di dalam kancah Liga Perdana Inggeris di setiap posisi pemain.

Fleksibiliti Pochettino dalam arahan taktikalnya menyebabkan pasukan ini kelihatan seolah-olah sebuah pasukan yang serba lengkap walaupun belum membawa masuk pemain baharu dalam jendela perpindahan pada kali ini.

Pochettino dilihat memperagakan fleksibiliti di dalam taktikalnya apabila turut menggunakan 4-3-1-2 ketika berhadapan dengan West Ham dan juga 4-3-3 ketika bertemu Gent di pentas UEFA Europa League pada musim lalu.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Fleksibiliti ni secara langsung membantu mereka menangani isu kecederaan apabila mereka hilang khidmat Erik Lamela, Dembélé, Alderweireld, Wanyama dan juga Kane.

Sepertimana pemain utama yang mereka miliki, Pochettino turut mampu memiliki pemain di bangku simpanan yang mampu mengikuti arahan taktikal yang beliau kehendaki.

Pemain seperti bek kanan Keiran Tripper dan Kyle Walker-Peters, Moussa Sissoko, Heung-Min Son, serta deretan pemain muda di dalam skuad utama sentiasa ingin mencuri perhatian Pochettino jika diberi peluang.

Taktikal

Ini adalah musim ke-4 Tottenham Hotspur di bawah kendalian Mauricio Pochettino. Musim lepas merupakan musim terbaik Tottenham Hotspur sejak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan.

Musim lalu Tottenham Hotspur merupakan antara pasukan paling dinamik dengan corak permainan yang menghiburkan.

Tidak dapat dinafikan corak permainan berkesan yang ditunjukkan oleh Spurs adalah kerana taktikal dan filosofi yang diterapkan oleh Mauricio Pochettino.

(Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Pochettino telah berjaya merevolusikan pemain yang dianggap sederhana kepada pemain bermutu tinggi dari segi kebolehan taktikal, mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang setara dengan pasukan elit yang lain.

Tottenham adalah sebuah pasukan menyerang yang bermain bola sepak secara proaktif, mengawal penguasaan bola dan menitikberatkan penggunaan di bahagian half space.

Musim lalu skuad Pochettino bermain secara pressing dan counterpressing dalam transisi permainan mereka dan merupakan pasukan ke-3 tertinggi dengan penguasaan bola pada musim lepas (57.3%) dan kadar hantaran bola yang berjaya pada 82.5%.

Formasi 3-4-2-1

Formasi awal yang digunakan pasukan ini adalah 4-2-3-1. Namun mereka tampak lebih mengancam selepas itu dengan formasi 3-4-2-1.

Ini adalah untuk membolehkan Pochettino menggunakan Wanyama di bahagian tengah yang merupakan seorang pemain yang mampu memenangi bola daripada serangan lawan di bahagian tengah.

Corak permainan Wanyama adalah mudah. Tugas beliau adalah untuk mematahkan serangan lawan, memenangi bola di bahagian tengah sebelum membuat hantaran mudah kepada pemain yang lebih kreatif.

Musim lepas Wanyama melakukan 3.9 terjahan dengan ratio kejayaan 72% dan menghasilkan purata 1.2 pintasan bola untuk setiap 90 minit perlawanan.

Peranan utama Wanyama adalah untuk melindungi bek bertiga Tottenham Hotspur, membenarkan Eric Dier digandingkan bersama Toby Alderweireld dan Jan Vertoghen di belakang.

Tugasan menyerang pula diserahkan kepada gandingan Christian Eriksen dan juga Dele Alli yang berperanan sebagai pemain tengah menyerang dan juga pemenang kasut emas musim lalu, Harry Kane.

Berdasarkan keserasian pemain sedia ada, kami menjangkan formasi 3-4-2-1 akan terus menjadi sandaran utama Pochettino untuk Spurs pada musim hadapan.

Kualiti Skuad

Walaupun penulis cukup yakin dengan potensi yang dimiliki oleh skuad kendalian Pochettino seperti yang dinyatakan di perenggan di atas, kami berpendapat ia masih tidak cukup untuk memastikan Tottenham Hotspur untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Skuad ini perlukan pemain yang memiliki pengalaman dan winning mentaliti sang juara. Harus diingat pesaing mereka yang lain telah menambahbaik pasukan masing-masing dengan pemain-pemain berkualiti tinggi.

Secara keseluruhan skuad sedia ada kekurangan pengalaman dan displin jika berhadapan dengan pasukan yang lebih teknikal. Buktinya, mereka tersingkir seawal peringkat kumpulan di saingan UEFA Champions League walaupun mempunyai lawan yang boleh dianggap mudah di peringkat kumpulan pada musim lalu.

Pasukan yang lebih teknikal akan mendedahkan kelemahan yang ketara pasukan Spurs, terutama di bahagian pertahanan.

Memandangkan kebanyakkan percubaan mereka adalah dari luar kotak penalti lawan pada musim lalu, jentera serangan Tottenham Hotspur juga perlu dipertingkatkan dengan tidak terlalu bergantung harap kepada Harry Kane.

. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Tottenham Hotspur akan beraksi di Wembley pada musim 2017/18 untuk memberi laluan pembinaan White Hart Lane yang baharu. Ini serba sedikit akan merencatkan perancangan mereka untuk mendapatkan pemain yang berkualiti dengan harga yang rendah.

Apa jangkaan kami

Musim lepas kita telah menyaksikan Tottenham Hotspur melalui musim yang menarik untuk kita ikuti. Musim hadapan juga tidak terkecuali.

Kerja keras dan kesabaran Pochettino untuk pemain muda seperti Vincent Janssen dan Georges-Kevin N’Koudou Mbida, akan membentuk pelapis baharu buat Pochettino sepertimana yang dilakukan oleh Pochettino terhadap Heung-Min Son.

Musim hadapan kami pasti Tottenham Hotspur sekali lagi akan bersaing merebut 4 tempat teratas liga.

Jika mereka berjaya melakukan penambahan kualiti kepada skuad sedia ada dalam tempoh jendela perpindahan ini, tidak mustahil mereka akan tampil sekali lagi sebagai pesaing utama untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN