Wenger: “2 Minggu Lalu Enrique Dibenci Peminat Barca, Kini Beliau Disanjung Mereka”

Arsene Wenger menggunakan pengurus Barcelona, Luis Enrique sebagai contoh terbaik untuk menggambarkan turun naik kerja sebagai pengurus pasukan bola sepak.

Bagi beliau, dunia bola sepak hari ini nyata sudah berubah kerana pengurus boleh dimaki dan disanjung dalam masa yang singkat.

2 minggu

Wenger ternyata terpegun dengan kehebatan Enrique merancang kebangkitan Barcelona yang cukup epik.

Mereka menewaskan PSG 6-1 selepas tewas di perlawanan pertama 4-0 di Paris.

“Saya memang nak tengok macam mana pemain Barcelona hendak berikan respon selepas kalah. Saya lebih melihat kepada taktikal yang dipersembahkan pemain dan bukannya mengenai soal mental mereka ketika itu.”

Namun keajaiban yang dilakukan Enrique itu telah membuatkan Wenger melakukan satu kesimpulan mengenai dunia bola sepak hari ini.

“2 minggu lalu peminat Barcelona melabelkan beliau sebagai ‘bodoh’ dan akhirnya beliau bersetuju untuk pergi.”

“Tapi selepas beliau membantu Barcelona menang, beliau dianggap wira oleh para peminat. Begitulah bola sepak hari ini.”

Dalam bahasa mudahnya, Wenger ingin mengatakan yang “menang diipuji, kalah dimaki”.

Cukup bersedia

Bercakap mengenai pertemuan Arsenal menentang Lincoln City minggu ini, Wenger berasa yakin dan bermotivasi tinggi.

Bagi Wenger, beliau masih punya kerja yang belum selesai lagi di Arsenal.

“Saya berkeyakinan tinggi dan bermotivasi tinggi dan bersedia untuk menang.”

“Saya masih punya semangat yang tinggi untuk permainan ini, saya masih ada rasa sayang yang tinggi kepada Arsenal.”

Wenger ternyata terasa tekanan selepas pasukannya tewas 2 kali dengan jaringan 5-1 di tangan Bayern Munich.

Perlawanan menentang Lincoln City boleh dijadikan peluang untuk Arsenal kembali mendapatkan semula rentak mereka yang hilang sejak beberapa minggu lagi.

Baca juga: Gol Lewat Shahrel Fikri Tamatkan Kebangkitan Kuantan FA Dalam Pertembungan 9 Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN