English League Championship: Liga Kitar Semula EPL?

Bunyi nampak kasar bagi sesetengah orang yang amat suka menonton English Premier League (EPL), tapi itulah hakikatnya.

Semua maklum Championship merupakan divisyen kedua selepas EPL dalam sistem berlapis-lapis liga Inggeris.

Sebagai pengenalan ringkas, Championship dianggotai 24 kelab dan bermain 46 perlawanan semusim.

Juara dan naib juara layak ke English Premier League (EPL) secara automatik manakala tempat ke-3 hingga ke-6 akan bersaing di play-off.

Pemenang tempat ke-3 akan menentang tempat ke-6 manakala tempat ke-4 akan menentang tempat ke-5, final akan ditentukan menerusi agregat yang dimenangi melalui dua perlawanan tersebut.

Penyingkiran ke League One pula dialami kepada kelab berada tempat ke-22, 23 dan 24.

Sejak penjenamaan semula Division One kepada Championship, Championship mengalami sindrom ‘siaran ulangan’ seperti yang dialami EPL.

Bezanya, Championship masih bernaung di bawah Football League berbanding Premier League yang meninggalkan Football League.

Jika anda perasan, Segunda Liga (Sepanyol), 2.Bundesliga (Jerman) dan Ligue 2 (Perancis) diuruskan badan yang sama menguruskan liga atas (Premiera Liga, 1.Bundesliga dan Ligue 1).

Malah boleh dikatakan sejak penjenamaan semula pada 2005, separuh daripada bekas kelab EPL (sejak 1992) bermain pula di Championship.

Ramai pemerhati bola sepak antarabangsa termasuk Malaysia kurang mengambil perhatian terhadap Championship. Astro hanya menyiarkan seminggu sekali untuk siaran langsung perlawanan Championship.

Difahamkan untuk musim 2015-16 ini, masih tiada lagi berita mengenai siaran Championship di Astro.

English League Championship Liga Yang Gila?

Tahukah anda, Championship merupakan divisyen liga yang gila. Kerana majoriti kelab bermain Championship pernah merasai aksi EPL.

Sunderland pada musim 2006-07, kalah 4 daripada 5 perlawanan awal dan duduk di tangga ke-23, namun segalanya berubah selepas itu apabila The Black Cats mula mendaki tangga liga.

Akhirnya Sunderland menjuarai Championship dan terus ke EPL. Faktor kejayaan mereka ialah Roy Keane yang bertindak sebagai pengurus.

Malah, Reading pada musim 2011-12 seolah seperti tidak layak menjulang trofi The Old Lady (gelaran bagi trofi Championship), tapi kemasukan penyerang Jason Roberts mengubah nasib The Royals.

Southampton yang mendahului carta pada awal musim terpaksa mengalah juga dan hanya mampu berada di tempat kedua liga.

Championship pernah memberi debaran luar biasa pada musim 2013-14 apabila penentuan tempat terakhir ‘play-off’ ditentukan pada hari terakhir musim. Pada hari yang sama juga berlaku penentuan untuk pasukan yang bakal disingkirkan.

Championship sebenarnya dianggap sebagai satu sasaran yang realistik bagi kelab yang bermain League One, League Two dan National League.

Kenapa? Kerana kelab di Championship mempunya tiket istimewa yakni tidak perlu bermain Piala FA di pusingan awal (‘bye’ sehingga Pusingan Ketiga), tidak perlu bermain di Football League Trophy.

Bagi peminat bola sepak Inggeris yang sudah lelah dengan pencemaran taktik jurulatih asing, Championship lah merupakan ubatnya.

Memang penulis mendapat komen dari rakan-rakan, Championship ialah liga Inggeris sebenar. Taktikal ala British terserlah jelas berbanding EPL.

Tambahan pula, jika pasukan anda menang hari ini, belum tentu anda akan dapat mengubah kedudukan anda dalam liga ke tempat lebih baik. Silap haribulan, kelab sokongan anda boleh terperosok jatuh.

Kerana apa? Ada 11 lagi perlawanan berjalan serentak selain perlawanan dihadapi oleh kelab kesayangan anda yang bakal memberi kesan serta merta kepada kedudukan kelab dalam carta liga.

Sebenarnya, pada pandangan peribadi, Championship seeloknya bergabung dengan EPL dalam pengurusan tetapi nama masih dikekalkan Championship.

Prestij Championship ini amat bermakna kerana pernah diiktiraf dunia sebagai divisyen kedua tertinggi hasil kutipan hasilnya. Saingan terdekat mereka hanyalah 2.Bundesliga dari hal dalam dan luar padang.

Secara keseluruhannya, ia masih bola sepak dan seronok untuk ditonton! Dan malah ada lagi penyokong kelab bermain Championship di Malaysia seperti Leeds, Blackburn dan Cardiff!

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Ahmad Loqman Izzat yang merupakan pencinta tegar English Championsip League. Beliau ada mewujudkan pages untuk penggemar info-info rare berkaitan bola sepak di Sembang Bola Global (Rare Edition).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN