England Risau Solanke Hilang Potensi Akibat Polisi Klopp Di Liverpool

Kesukaran penyerang muda, Dominic Solanke untuk mendapat minit beraksi bersama Liverpool mulai menjadi kerisauan buat England.

Pengurus skuad B-21 England, Aidy Boothroyd mengakui kesukaran untuk Solanke beraksi bersama pasukan utama Liverpool boleh merencatkan potensi pemain itu sekaligus memusnahkan harapan untuk England di masa hadapan.

Solanke yang juga merupakan bekas penyerang Chelsea dianggap oleh England FA sebagai prospek masa depan pasukan kebangsaan selepas aksi cemerlang di Piala Dunia B-20 pada tahun lalu.

(Photo by Alex Morton – FIFA/FIFA via Getty Images)

Bagaimanapun pemain tersebut boleh mendapat sedikit keyakinan apabila dipanggil oleh Gareth Southgate untuk menjalani latihan bersama pasukan senior Three Lions minggu ini.

Sehingga empat perlawanan musim ini, nama Solanke belum lagi tersenarai di dalam skuad 18 pemain Jurgen Klopp untuk Liverpool, dan ia mulai membimbangkan kem kejurulatihan England.

Minggu lalu Southgate turut melahirkan kerisauan mengenai pemain prospek yang mempunyai potensi baik untuk masa hadapan kurang mendapat minit untuk beraksi di dalam perlawanan kompetitif.

(Photo by John Powell/ Liverpool FC via Getty Images

Dan menjelang perlawanan pasukan B-21 menentang Belanda pada awal pagi nanti, Boothroyd turut menyuarakan perkara yang sama sambil mengambil contoh Solanke yang jelas tidak mendapat tempat langsung dalam pasukan kendalian Klopp.

“Saya gembira dengan bakat yang dimiliki oleh Dom [Solanke], tetapi pada masa yang sama agak risau kerana beliau tidak mendapat minit dalam perlawanan kompetitif.

“Saya gembira kerana memiliki kumpulan pemain yang berkualiti, tetapi demi kebaikkan bola sepak England dan British, ianya adalah lebih baik jika pemain seperti beliau boleh beraksi lebih kerap.

. (Photo by Maddie Meyer – FIFA/FIFA via Getty Images)

“Saya percaya itu bukan sahaja akan memberikan kelebihan kepada kami, tetapi juga untuk mereka.

“Pemain-pemain ini telah membuktikan keupayaan mereka di pentas antarabangsa, tetapi tidak ramai yang mendapat peluang sewajarnya di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),” jelas pengendali skuad B-21 England itu.

Solanke yang kini berusia 20 tahun hanya beraksi dalam lima perlawanan pada musim lalu, dan menjaringkan gol dalam kemenangan 4-0 menentang Brighton pada Mei.

Selain daripada Solanke, nasib sama yang dialami oleh pemain tengah Manchester City, Phil Foden turut mendapat perhatian kem kejurulatihan England.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 05: Phil Foden of Manchester City holds off Ross Barkley of Chelsea during the FA Community Shield between Manchester City and Chelsea at Wembley Stadium on August 5, 2018 in London, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Foden dan Jadon Sancho yang menyertai Borussia Dortmund pada musim lalu, tidak dipanggil menyertai skuad Boothroyd dan hanya tampil dari bangku simpanan sejak permulaan musim ini.

Tetapi berbanding Solanke, kedua-dua pemain dilihat masih diberi peluang oleh jurulatih masing-masing, tatkala Solanke harus bersaing dengan Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah, dan Daniel Sturridge yang menjadi pilihan utama Klopp di Anfield.

“Tidak ada sebab lain mereka digugurkan, tetapi jika pemain ini beraksi lebih kerap, maka ianya lebih mudah untuk mereka dipanggil ke skuad B-21,” ujar Boothroyd.

“Kita memiliki kumpulan pemain yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh, tetapi kebanyakkan mereka sukar mendapat peluang untuk beraksi.

“Maka tidak hairanlah akan lebih ramai bakat muda akan memilih untuk beraksi di luar England nanti,” jelas Boothroyd lagi.

 

“Mungkin itu pilihan yang lebih baik untuk pelbagai sebab. Pemain-pemain ini akan mendapat lebih banyak pendedahan dari segi bahasa, kepelbagaian budaya, dan pengalaman beraksi dengan corak permainan berbeza.

“Tetapi kemudian, kita sendiri akan bertanya. Mengapa perkara ini terjadi?” tambah pengurus B-21 England itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN