England Lancarkan Liga Bola Sepak Eksklusif Hanya Untuk Lelaki Gemuk

Memandangkan Malaysia adalah negara yang mempunyai penduduk paling gemuk di Asia Tenggara, mungkin ini sesuatu yang perlu kita laksanakan.

Kebetulan pula, Malaysia adalah negara yang fanatik dengan bola sepak. Jadi apa kata kita wujudkan liga bola sepak khas untuk lelaki gemuk di Malaysia sebagai salah satu cara untuk membakar lemak dan memulakan gaya hidup sihat?

Inilah yang dilakukan oleh Andrew Shanahan, lelaki berumur 37 tahun yang mengasaskan liga Man V Fat di England.

Tiada program khas untuk lelaki gemuk

(Sumber: SWNS TV)
(Sumber: SWNS TV)

Idea program ini bermula selepas Andrew Shanahan (gambar atas) yang pada satu masa pernah mempunyai berat badan 108kg mendapati kebanyakan kelas menurunkan berat badan dipenuhi oleh wanita.

“Saya ingat lagi semasa saya pergi ke kelas Weight Watchers. Saya adalah satu-satunya lelaki di sana. Malunya saya bukan kepalang.”

“Ketua kelas tersebut bercakap mengapa haid wanita boleh mempengaruhi berat badan. Saya berfikir, kelas ini bukan untuk saya. Bukan untuk lelaki.”

“Itu sebabnya banyak lelaki gagal. Mereka juga ingat mereka perlu berlari maraton untuk menurunkan berat badan. Itu cara salah.”

Menurut Shanahan yang kini sudah menurunkan 32kg, lelaki gemuk perlukan sokongan daripada lelaki gemuk yang lain untuk menurunkan berat badan.

“Kita perlu mengubah cara kita makan, ubah gaya hidup kita. Dan kita perlukan sokongan untuk melakukan semua itu.”

Syarat masuk liga: BMI 30 dan lebih

3053706000000578-0-image-a-28_1453277538545
(Sumber: Daily Mail UK)

Untuk mengubah keadaan, Shanahan memulakan program Man V Fat pada 2 tahun lepas dengan bantuan dana daripada majlis perbandaran setempatnya.

Kini liga Man v Fat mempunyai lebih 40,000 peserta, kesemuanya berkumpul 3 hari seminggu untuk bermain bola sepak.

Syarat untuk bertanding dalam liga ini adalah satu saja – body mass index (BMI) anda mestilah 30 ke atas. Tiada had umur dikenakan kepada peserta.

Lelaki gemuk perlukan sokongan

(Sumber: Daily Mail UK)
(Sumber: Daily Mail UK)

Menurut Shanahan, cabaran terbesar untuk menurunkan berat badan adalah mencari dan meminta bantuan rakan dan keluarga yang boleh memberikan sokongan.

“Saya tanya 40,000 peserta Man V Fat, apa yang sangat-sangat perlukan untuk menurunkan berat badan. Majoriti daripada mereka mahukan sokongan daripada lelaki gemuk yang lain.”

Maka atas sebab itulah Shanahan menubuhkan Man V Fat – supaya lelaki gemuk dapat beriadah bersama-sama tanpa rasa malu dan mendapat sokongan daripada peserta-peserta lain.

“Kebanyakan daripada mereka mahu bersukan, tapi takut dan malu kerana kebanyakan pasukan bola hanya mahukan seorang lelaki gemuk saja dalam pasukan mereka.”

Laman web: Man v Fat
Facebook: Man v Fat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN