England 2-3 Croatia: Di Mana Kesebelasan England Yang Gagal Layak Ke EURO 2008?

Pusingan kelayakan EURO sering menyajikan kepada kita pelbagai drama.

Tarikh 21 November 2007 merupakan hari dimana satu lagi drama tercipta pada pusingan kelayakan EURO. England hanya perlu seri ke atas Croatia, namun mereka tewas 2-3 di Wembley.

[adrotate group=”2″]

9 tahun berlalu, kami menyingkap dimana kesebelasan pertama England pada perlawanan malam itu sekarang?

1. Scott Carson

carson

Carson merupakan penjaga gol pada malam itu, dia akan sentiasa dikenang kerana kesilapan mudah yang membolehkan Croatia mendapatkan gol pertama mereka pada malam itu.

Carson merupakan penjaga gol Aston Villa ketika itu, setahun kemudian beliau ke West Bromwich Albion.

Carson ke Turki bersama Bursaspor sebelum pulang ke England untuk bersama Wigan Athletic. Kini, Carson merupakan penjaga gol di Derby County.

2. Micah Richards

richards

Pemain ini menghabiskan 1 dekad bersama Manchester City sejak 2005, namun pada musim 2014/15 beliau dipinjamkan ke Fiorentina di Itali.

Selepas 10 tahun bersama, Richards ke Aston Villa yang baru saja disingkirkan ke English Championship musim ini.

3.  Sol Campbell 

campbell

Campbell merupakan pemain yang menambah kebencian dua kelab di utara London iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur dek kerana perpindahan kontroversinya.

Namun pada malam tersebut, beliau merupakan pemain Portsmouth. Selepas Portsmouth, Campbell menyertai pelbagai kelab antaranya Notts County, Arsenal dan Newcastle United.

Campbell bersara pada 2011, kini beliau aktif di dalam politik dan merupakan ahli Parti Konservatif.

4. Joleon Lescott

Pada 2007, Lescott merupakan watak utama bagi Everton di bahagian pertahanan. Kerana prestasinya itu, beliau menyertai kumpulan pemain awal yang berhijrah ke Manchester City ketika era Sheikh Mansour.

Namun kerana sering memanaskan bangku simpanan, Lescott berpindah ke West Bromwich Albion selama semusim sebelum ke Aston Villa pada musim ini.

5. Wanye Bridge

bridge

Bridge merupakan graduan akedemi Southampton pada 1998, dan pada 2007 beliau merupakan pemain Chelsea.

Namun selepas itu, Bridge berhijrah ke pelbagai kelab antaranya Manchester City, Sunderland dan juga Birghton & Hove Albion.

Kelab terakhir beliau adalah Reading pada 2014, beliau dilepaskan oleh kelabnya selepas hanya melakukan 12 penampilan. Sebaik saja dilepaskan, Bridge terus mengumumkan persaraannya dari bola sepak profesional.

6. Joe Cole

joe cole

Joe Cole merupakan prospek England yang besar pada usia mudanya namun kerana kecederaan yang ditimpa sepanjang kariernya membuatkan beliau gagal menyerlahkan potensinya.

Cole bermain di Chelsea pada 2007, namun pada 2010 Cole berhijrah ke Liverpool sebelum menyertai pelbagai kelab antaranya West Ham United, Aston Villa dan Coventry City.

Kini, Cole di Amerika Syarikat. Bermain di North American Soccer League (NASL) bersama Tampa Bay Rowdies.

7. Gareth Barry

barry

Barry merupakan pemain Aston Villa ketika itu. Dan seperti Jeleon Lescott, Barry merupakan antara pemain terawal yang tiba di Manchester City pada era Sheikh Mansour.

Selepas 5 tahun di Manchester, Barry berhijrah ke Merseyside untuk menyertai Everton sehingga kini.

8. Shaun Wright-Phillips

shaun-wright-phillips

Wright-Phillips merupakan pemain bertubuh kecil dan ia amat janggal kerana pemain-pemain England sinonim dengan bentuk badan yang sasa.

Wright-Phillips merupakan pemain Chelsea ketika itu, sebelum berhijrah ke Manchester City dan Queens Park Rangers.

Kini, Shaun bersama adiknya Bradley Wright-Phillips di Major League Soccer (MLS) bersama New York Red Bulls.

9. Frank Lampard

lampard

Lampard merupakan penjaring pertama England dalam perlawanan tersebut menerusi penalti.

Lampard merupakan watak yang tidak asing lagi bagi Chelsea, menghabiskan 13 tahun di Stamford Bridge sebelum melakukan perpindahan mengejut ke Manchester City.

Lampard kini di MLS bersama-sama dengan David Villa dan Andrea Pirlo di New York City FC.

10. Steven Gerrard

gerarrd

Merupakan kapten England pada perlawanan tersebut, lagenda Liverpool ini terus berada di Liverpool sehingga 2015 sebelum kini ke Los Angeles Galaxy.

11. Peter Crouch

crouch

Penjaring gol kedua England pada perlawanan tersebut. Crouch berhijrah ke pelbagai kelab sepanjang kariernya.

Ketika perlawanan menentang Croatia ini, beliau di Liverpool. Kemudiannya, penyerang tinggi lampai ini ke Portsmouth dan juga Tottenham Hotspur.

Kini, Crouch bermain di Stoke City.

Pemain Gantian

Pemain gantian pada malam tersebut adalah David Beckham (untuk Wright-Phillips), Jermaine Defoe (untuk Barry) dan Darren Bent (untuk Cole).

Beckham memberikan 1 assist iaitu gol kedua England yang dijaringkan Crouch.

Kesimpulan

Croatia mendahului hasil jaringan Nico Kranjcar dan Ivica Olic sebelum disamakan oleh Frank Lampard dan Peter Crouch di separuh masa kedua.

Namun, Mladen Petric menjaringkan gol pada 15 minit terakhir permainan untuk mematikan langkah England ke Austria dan Switzerland ketika itu dan menghancurkan hati seluruh peminat England.

Tarikh 21 November 2007 akan selamanya menghantui bola sepak Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN