Pusingan kelayakan EURO sering menyajikan kepada kita pelbagai drama.
Tarikh 21 November 2007 merupakan hari dimana satu lagi drama tercipta pada pusingan kelayakan EURO. England hanya perlu seri ke atas Croatia, namun mereka tewas 2-3 di Wembley.
[adrotate group=”2″]
9 tahun berlalu, kami menyingkap dimana kesebelasan pertama England pada perlawanan malam itu sekarang?
1. Scott Carson
Carson merupakan penjaga gol pada malam itu, dia akan sentiasa dikenang kerana kesilapan mudah yang membolehkan Croatia mendapatkan gol pertama mereka pada malam itu.
Carson merupakan penjaga gol Aston Villa ketika itu, setahun kemudian beliau ke West Bromwich Albion.
Carson ke Turki bersama Bursaspor sebelum pulang ke England untuk bersama Wigan Athletic. Kini, Carson merupakan penjaga gol di Derby County.
2. Micah Richards
Pemain ini menghabiskan 1 dekad bersama Manchester City sejak 2005, namun pada musim 2014/15 beliau dipinjamkan ke Fiorentina di Itali.
Selepas 10 tahun bersama, Richards ke Aston Villa yang baru saja disingkirkan ke English Championship musim ini.
3. Sol Campbell
Campbell merupakan pemain yang menambah kebencian dua kelab di utara London iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur dek kerana perpindahan kontroversinya.
Namun pada malam tersebut, beliau merupakan pemain Portsmouth. Selepas Portsmouth, Campbell menyertai pelbagai kelab antaranya Notts County, Arsenal dan Newcastle United.
Campbell bersara pada 2011, kini beliau aktif di dalam politik dan merupakan ahli Parti Konservatif.
4. Joleon Lescott
Pada 2007, Lescott merupakan watak utama bagi Everton di bahagian pertahanan. Kerana prestasinya itu, beliau menyertai kumpulan pemain awal yang berhijrah ke Manchester City ketika era Sheikh Mansour.
Namun kerana sering memanaskan bangku simpanan, Lescott berpindah ke West Bromwich Albion selama semusim sebelum ke Aston Villa pada musim ini.
5. Wanye Bridge
Bridge merupakan graduan akedemi Southampton pada 1998, dan pada 2007 beliau merupakan pemain Chelsea.
Namun selepas itu, Bridge berhijrah ke pelbagai kelab antaranya Manchester City, Sunderland dan juga Birghton & Hove Albion.
Kelab terakhir beliau adalah Reading pada 2014, beliau dilepaskan oleh kelabnya selepas hanya melakukan 12 penampilan. Sebaik saja dilepaskan, Bridge terus mengumumkan persaraannya dari bola sepak profesional.
6. Joe Cole
Joe Cole merupakan prospek England yang besar pada usia mudanya namun kerana kecederaan yang ditimpa sepanjang kariernya membuatkan beliau gagal menyerlahkan potensinya.
Cole bermain di Chelsea pada 2007, namun pada 2010 Cole berhijrah ke Liverpool sebelum menyertai pelbagai kelab antaranya West Ham United, Aston Villa dan Coventry City.
Kini, Cole di Amerika Syarikat. Bermain di North American Soccer League (NASL) bersama Tampa Bay Rowdies.
7. Gareth Barry
Barry merupakan pemain Aston Villa ketika itu. Dan seperti Jeleon Lescott, Barry merupakan antara pemain terawal yang tiba di Manchester City pada era Sheikh Mansour.
Selepas 5 tahun di Manchester, Barry berhijrah ke Merseyside untuk menyertai Everton sehingga kini.
8. Shaun Wright-Phillips
Wright-Phillips merupakan pemain bertubuh kecil dan ia amat janggal kerana pemain-pemain England sinonim dengan bentuk badan yang sasa.
Wright-Phillips merupakan pemain Chelsea ketika itu, sebelum berhijrah ke Manchester City dan Queens Park Rangers.
Kini, Shaun bersama adiknya Bradley Wright-Phillips di Major League Soccer (MLS) bersama New York Red Bulls.
9. Frank Lampard
Lampard merupakan penjaring pertama England dalam perlawanan tersebut menerusi penalti.
Lampard merupakan watak yang tidak asing lagi bagi Chelsea, menghabiskan 13 tahun di Stamford Bridge sebelum melakukan perpindahan mengejut ke Manchester City.
Lampard kini di MLS bersama-sama dengan David Villa dan Andrea Pirlo di New York City FC.
10. Steven Gerrard
Merupakan kapten England pada perlawanan tersebut, lagenda Liverpool ini terus berada di Liverpool sehingga 2015 sebelum kini ke Los Angeles Galaxy.
11. Peter Crouch
Penjaring gol kedua England pada perlawanan tersebut. Crouch berhijrah ke pelbagai kelab sepanjang kariernya.
Ketika perlawanan menentang Croatia ini, beliau di Liverpool. Kemudiannya, penyerang tinggi lampai ini ke Portsmouth dan juga Tottenham Hotspur.
Kini, Crouch bermain di Stoke City.
Pemain Gantian
Pemain gantian pada malam tersebut adalah David Beckham (untuk Wright-Phillips), Jermaine Defoe (untuk Barry) dan Darren Bent (untuk Cole).
Beckham memberikan 1 assist iaitu gol kedua England yang dijaringkan Crouch.
Kesimpulan
Croatia mendahului hasil jaringan Nico Kranjcar dan Ivica Olic sebelum disamakan oleh Frank Lampard dan Peter Crouch di separuh masa kedua.
Namun, Mladen Petric menjaringkan gol pada 15 minit terakhir permainan untuk mematikan langkah England ke Austria dan Switzerland ketika itu dan menghancurkan hati seluruh peminat England.
Tarikh 21 November 2007 akan selamanya menghantui bola sepak Inggeris.