Engku Shakir Idam Cipta Penampilan Di Pentas Asia Bersama Terengganu

Penyerang berbisa Terengganu, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob menjadi antara pemain Sang Penyu kini yang bersemangat tinggi untuk menghadapi saingan Piala AFC tidak lama lagi.

Terengganu sebelum itu sah diundi dalam Kumpulan G Terengganu bersama wakil dari Indonesia iaitu Bali United selain berdepan dua cabaran kelab lain iaitu Stallion Laguna FC (Filipina), serta Central Coast Mariners (Australia).

Salah satu pasukan terkuat kumpulan itu pastinya terarah kepada wakil dari Australia iaitu Central Coast Mariners yang ditunjangi oleh beberapa pemain berkualiti tinggi untuk memberi cabaran buat Terengganu.

Pastinya ini menambah semangat Engku Shakir untuk tampil menonjol bagi membuktikan beliau layak untuk beraksi di pentas Asia bersama pasukan handalan lain.

Malah, pemain berusia 25 tahun itu juga enggan mensia-siakan peluang untuk membantu Terengganu buat kali kedua di saingan AFC selepas ianya dibatalkan dua tahun lalu.

Pemain yang memulakan karier bola sepak sejak awal pembangunan bersama Terengganu itu kini juga mempunyai impian untuk meledak gol dalam saingan tersebut, setelah tampil berbisa dalam aksi domestik.

“Sejujurnya saya begitu kecewa dan kempunan kerana tidak dapat membantu TFC pada pentas Asia dua tahun lalu kerana saingan terpaksa dibatalkan berikutan wabak pandemik Covid-19 yang semakin serius ketika itu.

“Jadi peluang kedua ini saya tekad untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dengan aksi terbaik lebih-lebih lagi ia bakal menjadi penampilan sulung saya.

“Namun ia terpulang kepada barisan kejurulatihan yang diketuai Tommy (Tomislav Steinbruckner) sama ada bakal menyenaraikan saya pada aksi pertama menentang kelab dari Australia, Central Coast Mariners pada 20 September ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Pada masa sama, Engku Shakir juga mahu menjadikan saingan di pentas AFC sebagai medan terbaik untuk beliau membuktikan dirinya layak mewakili skuad Harimau Malaya.

“Setakat ini saya belum pernah bersama pasukan kebangsaan, akan tetapi nama saya ada dalam senarai menunggu untuk perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang China dan Syria yang akan berlangsung di Chengdu, China, pada 6 dan 9 September ini bersama rakan sepasukan, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Nor Hakim Hassan.

“Besar harapan saya sebelum menamatkan karier dalam sukan ini, nama saya disenaraikan dalam pasukan kebangsaan, ini impian saya sejak di bangku sekolah rendah lagi,” katanya lagi.

Bersama Terengganu musim ini, Engku Shakir menjadi antara pemain tempatan paling menyerlah di posisi serangan menerusi ketajaman serta kreativiti dimilikinya membantu serangan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN