Quantcast

BERITA

Enggan Terima Pandangan MFL, KFA Tegas Pendirian Heret Kes Akhyar Ke CAS

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tetap dengan pendirian mereka membawa kes perpindahan Akhyar Rashid ke JDT ke FIFA dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), walaupun sudah diberikan penjelasan oleh Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Kehormat KFA sendiri, Mohd Asmirul Anuar Aris yang menegaskan akan meneruskan hasrat persatuan tersebut berbuat demikian, seperti yang dilaporkan kepada akhbar Harian Metro semalam.

Akhyar

Tiada pusingan u

Pada Khamis lalu, berlangsung perjumpaan di antara KFA dengan MFL, setelah persatuan tersebut tidak menghantar sebarang wakil ke Taklimat Bola Sepak Liga Malaysia di Johor Bahru pada 3 Januari lalu.

KFA yang diwakili ole Naib Presiden, Mohd Yusuri Yusof mendapat penerangan terperinci daripada MFL yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam.

Sehubungan dengan itu, KFA menafikan bahawa mereka telah mengalah di dalam isu tersebut seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Enggan terima usul MFL

Menurut Harian Metro lagi, antara intipati perbincangan di antara MFL dan KFA ialah supaya kes tersebut tidak perlu dibawa ke CAS di Switzwerland. Sebaliknya Kevin dalam pertemuan tersebut mengusulkan kes tersebut untuk dibawa ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang berada di Kuala Lumpur .

“Kami sudah menyerahkan kepada peguam yang uruskan kes itu dan kami tidak akan u-turn (pusingan U). Kami akan teruskan kerana itu hak kami sebagai pasukan,” kata Mohd Asmirul kepada Sukan NSTP, hari ini.

“Walau apa pun yang disebutkan oleh pihak MFL, kami ucap terima kasih dan kami akan meneruskan apa yang kami (suarakan). Kami tidak akan u-turn kerana banyak pihak yang mempersoalkan perkara itu ketika ini.

“Ada beberapa proses yang perlu dilakukan sebelum kes ini dibawa ke sana (CAS), mungkin ia akan ambil sedikit masa. Tapi, Saya fikir kami akan berusaha untuk selesaikan secepat yang mungkin.

“Apabila kes ini sudah difailkan, kami tidak mahu komen lagi perkara ini di media, namun berkaitan hal lain membabitkan liga dengan MFL dan FAM, kami akan bertindak secara profesional seperti biasa,” jelas Asmirul.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!