Enggan Ganggu Taktikal, Maurizio Sarri Tetap Akan Turunkan Jorginho Pada Aksi Menentang Arsenal

Jorginho

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan bahawa beliau tetap akan menurunkan pemain tengah, Jorginho pada aksi bertemu Arsenal, awal pagi nanti walaupun pemain antarabangsa Itali itu kelihatan berada dalam kepenatan.

Hal ini kerana Sarri masih belum menemui pemain yang sesuai untuk mengisi kekosongan sekiranya beliau tidak meletakkan Jorginho di kesebelasan utama.

Pengendali dari Itali itu juga masih belum bersedia untuk mengubah taktikal pasukan berikutan masalah yang dihadapi ketika ini.

Jorginho menjadi pilihan utama Sarri bagi membarisi kesebelasan utama pasukan selepas beliau beraksi dalam kesemua aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini.

”Kami masih belum bersedia untuk membuat perubahan taktikal ketika ini,” jelas Sarri.

”Saya boleh mengubahnya apabila kami berada di tahap 100 perat dalam apa yang kami mahu saksikan.”

”Jika menggunakan formasi 4-3-3, kami berada di tangga teratas, kami boleh cuba untuk mengubahnya. Tetapi tidak pada ketika ini.”

”Jadi, buat pertama kali dalam empat bulan terakhir, kami mempunyai masa mencuba untuk meningkat. Ia tidak mudah pada situasi ini untuk meningkat dengan begitu mendadak pada masa yang singkat.”

”Jorginho telah bermain bersama saya untuk empat musim. Ia sangat sukar buat saya untuk terus meningkatkan prestasinya. Saya merasakan dia bermain dengan amat baik pada 20 perlawanan.”

”Ketika ini mungkin dalam dua perlawanan terakhir dia kelihatan sedikit penat. Dia bergerak dengan bola sedikit perlahan berbanding sebelum ini. Tetapi saya merasakan ia adalah normal.”

Chelsea berdepan laluan getir pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi nanti apabila bakal berdepan Arsenal di Stadium Emirates.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN