Endrick Sasar Raih Banyak Kejuaraan Bersama Ho Chi Minh City

Pemain tengah Harimau Malaya iaitu Endrick dos Santos meletakkan sasaran untuk meraih lebih banyak kejuaraan musim ini bersama kelab diwakilinya iaitu Ho Chi Minh City di saingan utama Vietnam.

Buat pertama kali menyertai saingan V-League, sudah tentu ia bakal menjadi pengalaman baharu buat Endrick untuk menaikkan lagi mutu permainan beliau yang dianggap sangat penting pada masa hadapan.

Endrick sebelum ini sah membawa status selaku pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menyertai Ho Chin Minh City selama beberapa tempoh waktu setelah ia diumumkan sendiri oleh Alistair Edwards selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT beberapa hari lalu.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Endrick Dos Santos dan Fergus Tierney berikutan perpindahan secara pinjaman masing-masing ke Vietnam dan Thailand.

“Endrick akan menyertai Kelab Vietnam Ho Chi Minh City FC manakala Tierney telah menyertai Chonburi FC di Thailand.

“Kami berharap pinjaman ini memberi manfaat yang membolehkan Endrick dan Tierney memperoleh pengalaman berharga yang akan membuahkan hasil bagi Harimau Selatan pada masa hadapan,” jelas beliau menerusi laman JST.

Tampil buat pertama kali di Vietnam, pemain kelahiran Brazil itu menyifatkan ianya sebagai suatu cabaran baharu buat dirinya dalam dunia bola sepak profesional menerusi perkongsian dibuat oleh Vocket.

Saya mengambil kesempatan menonton persembahan pasukan di YouTube. Musim lalu, Ho Chi Minh City bermain dengan baik dan saya berharap tahun ini pasukan akan terus kekal cemerlang untuk meraih lebih banyak kejuaraan.

“Terdapat ramai rakan yang tahu tentang bola sepak Vietnam, jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya dengan mereka. V-League liga yang lebih sukar berbanding (Liga Super) Malaysia tetapi (Liga Super) Malaysia semakin berkembang dan semakin kuat.

“Begitu juga dengan pasukan Malaysia. Sekiranya saya berpeluang bersaing dengan pasukan Vietnam, ini akan menjadi cabaran besar bagi saya dan pasukan saya,” ujar beliau.

Terdahulu, nama Endrick sebenarnya sudah pun menyerlah selepas beliau hadir ke pentas Liga Malaysia (Liga M) dengan membawa status selaku pemain import.

Bersama JDT, pemain Harimau Malaya ini turut meraih banyak gelaran juara serta menampilkan kualiti permainan cukup menyakinkan di atas padang selaku tonggak tengah menyerang.

Memiliki kelebihan daripada segi kawalan bola, ketepatan membuat hantaran serta tajam di hadapan gol, sudah tentu kelibat Endrick bakal menjadi antara kunci kekuatan buat Ho Chi Minh City.

Sumber:
Vocket FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN