Pemain naturalisasi Malaysia iaitu Endrick dos Santos antara yang mengimpikan kejuaraan buat skuad kebangsaan pada saingan Pestabola Merdeka 2024 ini yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.
Endrick menjadi antara pemain yang terpilih bawah kendalian Pau Marti Vicente untuk mengikuti kem latihan kebangsaan pada saingan tersebut selain beberapa lagi nama besar lain.
Menjadi antara pemain warisan yang terpilih, sudah tentu Endrick idam untuk membantu Malaysia meraih kejuaraan selepa ia gagal dilakukan pada tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Seperti pemain-pemain lain, bintang naturalisasi dari Brazil ini juga sudah tentu menyasarkan kejuaraan demi menjulang nama pasukan serta menggembirakan para penyokong setia Harimau Malaya.
Walaupun begitu, pemain terbaharu Ho Chi Minh City di Vietnam itu mahu memberi fokus penuh pada aksi sulung negara menentang Filipina pada 4 September ini.
Melihat pada aksi ini, Endrick mengakui beliau tidak begitu mengetahui kekuatan semasa Filipina yang kini dikendalikan oleh jurulatih baharu iaitu Norman Fegidero.
“Tetapi itu tidak penting sebab fokus kepada kepada pasukan dan persembahan kami.
“Kami berada di sini untuk menang dengan melakukan yang terbaik. Kami seronok untuk berada di sini. Bagi saya, perlawanan besar kami adalah menentang Filipina.
“Selepas itu baru fikir untuk aksi final. Kita ambil perlawanan satu demi satu. Kami mahu memenangi piala ini dan saya berusaha untuk mendapatkan piala ini demi Malaysia,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.
Pada masa sama, Endrick turut melihat skuad dipilih oleh Pau Marti kali ini lebih kuat berbanding sebelum itu menerusi beberapa nama pemain berprofil tinggi dan berada dalam momentum terbaik.
Ya banyak pemain utama kembali bersama pasukan. Kali ini kami lebih kuat dan saya berharap kami dapat lakukan dengan lebih baik,” kata beliau lagi.
Untuk rekod, Endrick sudah pun dibawa turun beraksi untuk skuad kebangsaan sebanyak 13 kali sebelum ini dengan dua catatan bantuan gol direkodkan pemain tersebut.
Pemain itu juga dibawa turun buat pertama kali pada 23 Mac pada tahun lalu ketika Malaysia menewaskan Turkmenistan menerusi keputusan 1-0 bersama aksi cukup menyakinkan.
Pada pandangan anda, adakah Endrick bakal memberikan impak positif buat skuad kebangsaan di pentas Pestabola Merdeka 2024?