Emre Can Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Juventus FC

Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Kelab gergasi Itali, Juventus mengumumkan pemain baharu mereka, Emre Can yang ditandatangani daripada Liverpool selepas final Liga Juara-Juara bulan lalu.

Pemain tengah antarabangsa Jerman itu ditawarkan syarat baru oleh Liverpool tetapi mereka enggan memasukkan klausa pembelian dalam cadangan kontrak.

Pemain tengah Liverpool, Emre Can telah bersetuju untuk menyertai Juventus musim hadapan selepas menerima tawaran kontrak selama 4 tahun, menurut sumber Sky Sports.

Can menjadi sebahagian daripada skuad Liverpool yang sudah terbang ke Marbella untuk merasai latihan cuaca panas menjelang final Liga Juara-Juara pada hujung minggu depan.

Pemain antarabangsa Jerman itu tidak membuat penampilan dalam skuad utama pasukan sejak mengalami kecederaan belakang ketika meraih kemenangan ke atas Watford pada Mac lalu.

Dia tetap dibawa ke Kiev untuk menentang Real Madrid, namun tempoh pemulihannya tidak cukup pantas untuk tersenarai ke kejohanan Piala Dunia.

Laporan dari Itali mendakwa, Emre Can diumpan dengan janji ‘projek teknikal’ di Turin yang mana Paris Saint-Germain dan Bayern Munich tidak mampu memberikan tawaran yang sama kepadanya.

Can berada di Liverpool selama empat tahun sejak menandatangani kontrak bernilai £10juta (RM54 juta) daripada Bayer Leverkusen pada 2014.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN