Perlawanan bagi Selangor Champions League minggu kedua adalaha di antara PIB FC menentang gergasi KVL Gombak, Empayar Bangi FC di mana Empayar Bangi berjaya mengutip kemenangan kedua mereka di Stadium Panasonic, Shah Alam
Perlawanan yang dijangka ibarat buku bertemu ruas sememangnya menepati jangkaan ramai. PIB, bukan pasukan biasa memiliki pemain-pemain hebat dan berpengalaman bersaing di liga FAS.
Manakala Empayar pula dinobatkan oleh ramai orang sebagai pasukan pilihan setelah menjalani musim yang cemerlang dalam KVL Gombak dan pre-season yang mantap.
Pada 15 min pertama, Empayar bermain dengan lebih kemas dengan permainan one-touch football mereka. Empayar mendapat peluang keemasan seawall minit ke-3 apabila cubaan mereka terkena palang.
Lebih malang lagi, pada minit ke-17, Empayar berjaya menjaringkan gol tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana ofsaid.
PIB turut membuat beberapa serangan ke atas gawang gol Empayar tetapi tidak berjaya mendapat peluang yang lebih meyakinkan. Tiga minit kemudian, Empayar merampas bola milik PIB untuk counter attack dan menjaringkan gol pertama mereka menerusi penyerang mereka, Firdaus Musa.
Perlawanan di antara PIB dan Empayar ini sememangnya menguji kekuatan midfield masing-masing. Kombinasi bek tengah Empayar, gandingan Mohd Hafiz (Man Of The Match) dan Zulhilmi sangat cemerlang. Hafiz kelihatan selesa sepanjang perlawanan dan turut melakukan banyak interception penting yang mematahkan serangan PIB.
Satu permulaaan yang kurang baik buat PIB namun PIB pasti ingin membuktikan kekuatan mereka menentang Rebel FC pada minggu seterusnya.
Perlawanan tamat degan keputusan 0-1 berpihak kepada Empayar. Empayar mengutip tiga mata lagi setelah menewaskan Terrapins pada minggu pertama dan mengungguli tangga teratas kumpulan B.
Statistik perlawanan