Empat Prospek Hangat Eropah Tunjuk Solidariti Untuk Abdelhak Nouri, Pilih Jersi Nombor #34

Ini dinamakan sebagai tanda semangat setia kawan yang cukup utuh.

4 pemain prospek hangat di Eropah ketika ini telah mengambil langkah penuh meruntun jiwa apabila membuat keputusan memilih nombor jersi bersempena rakan baik mereka.

Menurut laporan Sport Bible, 4 bekas pemain Ajax Amsterdam telah memilih untuk menggunakan nombor jersi yang sinonim dengan rakan mereka yang mengalami kerosakan otak iaitu Abdelhak Nouri.

4 pemain yang hadir dari akademi terbaik dunia itu adalah Justin Kluivert, Amin Younes, Kevin Diks dan juga Philippe Sandler.

Mereka semua kini telah keluar dari kelab Belanda itu dan bermain dengan pasukan-pasukan seperti AS Roma, Napoli, Fiorentina dan juga Manchester City.

Musim ini, mereka semua memilih nombor jersi yang biasa digunakan Nouri sebelum kecederaan serius melanda beliau iaitu nombor 34.

Hal ini tidak lain selain daripada menunjukkan solidariti kepada pemain remaja itu yang telah koma kerana kecederaan tersebut.

Tindakan Kluivert itu cukup jelas apabila beliau menerangkan sebab di atas tindakan beliau itu.

“Kenapa nombor 34? Kerana itu adalah nombor Abdelhak Nouri.”

“Doa saya dan nombor jersi ini untuk anda, kawan ku yang telah mengajar aku banyak perkara.”

Nouri mengalami kecederaan yang begitu serius di bahagian otak yang telah menyebabkan pemain remaja itu koma lebih setahun.

Namun begitu, terdapat sinar dalam usaha menyembuhkan pemain itu apabila ahli keluarganya mengakui Nouri kini sudah boleh berkomunikasi dengan mereka walaupun secara minima.

Semoga cepat sembuh, Abdelhak Nouri!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN