Empat Muka Baharu Perkuatkan PKNS FC Musim Depan

Skuad PKNS FC bakal berwajah baharu musim depan selepas 10 pemain tempatan dan beberapa pemain import yang beraksi pada musim ini tidak dilanjutkan kontrak.

Antara muka baharu yang bakal memperkuatkan PKNS FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan ialah bekas penyerang JDTII dan Kelantan, Shafiq Shaharudin.

Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal terpikat dengan aksi Shafiq ketika mewakili skuad kebangsaan berdepan Fij pada 5 Julai lalu. Beliau bakal menggantikan tempat Safee Sali yang tidak dilanjutkan kontrak.

Selain itu, mereka turut mengumumkan kemasukan dua pemain muda berpengalaman yang beraksi dengan skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) iaitu Tommy Mawat Bada dan Ariff Farhan Mohd Isa.

Pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan kepada Stadium Astro, selain Tommy serta Ariff Farhan, pertahanan Melaka, Nicholas Swirad, juga sah menjadi pemain baru PKNS manakala penjaga gol PJ Rangers, Farhan Abu Bakar, masih dalam perbincangan kontrak dengan Kedah.

“Ia adalah Nicholas, Ariff Farhan, Shafiq dan Tommy. Ketua jurulatih mahukan pemain itu berupaya mengaplikasikan sistem dan perancangan yang akan dilakukan tahun depan. Tidak semestinya pemain itu muda atau bawah umur 30 tahun,” ujarnya.

Hanya seorang pemain import dikekalkan

Mahfizul turut mengesahkan PKNS hampir pasti tidak menyambung khidmat pemain import dari Singapura, Faris Ramli yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Perak.

Datuk Rajagobal akan terus mengendalikan pasukan PKNS FC musim ini. Foto: PKNS FC

Selain Faris Ramli, 3 pemain import yang lain juga tidak dilanjutkan kontrak iaitu Rafael Ramazotti, Zac Anderson dan Bruno Matos.  PKNS hanya mengekalkan pemain tengah dari Colombia, Romel Oswaldo Morales.

“Saya rasa situasi Faris, dia akan ke pasukan lain. Kami mengucapkan selamat maju jaya untuknya dan besar kemungkinan dia menerima tawaran daripada pasukan Liga Super yang lain,” jelas Mahfizul.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN