Emiliano Martinez: Tinggalkan Arsenal Langkah Tingkatkan Karier Saya

Emiliano Martinez

Penjaga gol utama Aston Villa, Emiliano Martinez menyifatkan langkahnya untuk meninggalkan Arsenal bagi menyertai kelab yang berpangkalan di Birmingham itu telah memberikan peluang buatnya untuk melonjakkan prestasi ke tahap lebih baik.

Menyertai Aston Villa dengan yuran perpindahan bernilai £17 juta, Martinez memainkan peranan penting dalam menjelmakan permulaan cemerlang buat kelab tersebut apabila sedang menghuni tangga keenam hasil lima kemenangan dan dua kekalahan selepas mengharungi tujuh aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Penjaga gol kelahiran Argentina itu turut mencatatkan empat ‘clean sheets’ dalam kempen liga dan lebih menarik salah satunya hadir ketika Aston Villa menumpaskan Arsenal di Stadium Emirates pada awal pagi Isnin lalu.

Keadaan itu pastinya membuatkan para penyokong Arsenal amat merasai kehilangan penjaga gol yang telah menghadiahkan dua trofi buat Arsenal sebaik sahaja saingan bola sepak kembali bersambung berikutan wabak COVID-19 pada Jun tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, Martinez turut membuktikan bahawa keputusannya dalam meninggalkan Arsenal untuk menggalas tanggungjawab besar bersama Aston Villa adalah sesuatu yang berbaloi buatnya.

”Saya memutuskan untuk berhijrah ke Villa kerana saya percaya dengan cita-cita pengurus pasukan [Dean Smith], juga dengan cita-cita kelab ini,” ujar Martinez menurut laporan dikeluarkan Eurosport.

”Saya tahu Villa merupakan sebuah kelab yang besar. Orang ramai mungkin tidak menyedari betapa besarnya Aston Villa.”

”Ramai yang mengatakan [berhijrah ke Aston Villa] sebagai satu langkah ke belakang dalam karier saya tetapi saya sentiasa mengatakan ia adalah langkah bagi melonjakkan kerjaya saya.”

”Kami sedang menikmati musim yang baik. Saya telah mengatakan sejak dari hari pertama bahawa cita-cita saya adalah untuk ke [pertandingan] Eropah bersama Villa.”

”Saya mahu meletakkan kelab ini setinggi yang boleh dan saya merasakan kami berada di landasan yang tepat,” tambah Martinez lagi.

Kredit featured image: Andy Rain – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Emiliano Martinez:

Emiliano Martinez: Wira Tidak Didendang Yang Terbuang

Emiliano Martinez Dedahkan Punca Beliau Tinggalkan Arsenal

Emiliano Martinez: Saya Rasa Selamat Berada Di Belakang Luiz, Mustafi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN