Unai Emery telah memberitahu kepada Shkodran Mustafi dan Mohamed Elneny bahawa kedua-dua pemain itu boleh mencari kelab baharu tatkala jendela perpindahan eropah masih lagi dibuka.
Malah Emery berkata kedua-dua pemain hanya akan diberikan peranan kecil sekiranya terus kekal bersama Arsenal.
Pengesahan dari Emery itu bermakna Mustafi dan Elneny hanya mempunyai tempoh lebih kurang 10 hari untuk mencari pasukan baharu. Monaco dikatakan antara yang berminat untuk mendapatkan Mustafi, sementara terdapat laporan mengatakan Eleneny diintai oleh kelab dari Turki.
Unai Emery is making it very clear, both privately and publicly, that Shkodran Mustafi & Mohamed Elneny have no future at #AFC.
“They know the situation. I think it’s positive for them to leave and to sign for another team where they can be protagonists, they can be happy.”
— Sam Dean (@SamJDean) August 22, 2019
Emery turut mengesahkan beliau telah berbincang mengenai hal tersebut secara bersemuka dengan Mustafi dan menjelaskan keputusan itu adalah untuk kebaikkan semua pihak.
“Mereka adalah pemain dengan perwatakan besar, tetapi atas sebab-sebab tertentu kedua-dua pemain tidak akan mendapat peluang sewajarnya untuk menampilkan kapasiti masing-masing [bersama Arsenal] atau akan rasa gembira dan mendapat minit perlawanan sewajarnya.
“Kedua-dua mereka sedar akan situasi ini dan saya mengucapkan selamat maju jaya untuk mereka. Saya berpendapat ini masanya mereka mulai mencari kelab dan cabaran baharu untuk diri mereka.”
Unai Emery on Mustafi and Elneny: “They know the situation. I think it’s positive for them to leave.” pic.twitter.com/eHeTB3jUVH
— TheAFCnewsroom (@TheAFCnewsroom) August 22, 2019
Musim lalu Mustafi beraksi dalam 31 perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk Arsenal, namun sering kali dikritik kerana prestasi serba tidak menentu. Elneny pula tampil 17 kali dalam semua pertandingan.
Musim panas ini Arsenal telah menjana £55 juta dari hasil penjualan pemain, dan telah membelanjakan £140 juta untuk pemain baharu. Perpindahan beberapa pemain penting bertujuan untuk menyeimbangkan perbelanjaan yang telah dilakukan.