Pwngurus Arsenal, Unai Emery melarang jus buah-buahan daripada menu diet pemain di pusat latihan. Ia adalah sebahagian daripada perubahan yang diperkenalkan oleh Emery yang sangat mementingkan aspek kecergasan pemain.
Perubahan tersebut pada mulanya didedahkan oleh Mirror, sebelum disahkan sendiri oleh sumber kelab kepada ESPN.
Larangan jus buah-buahan adalah untuk mengelakkan pengambilan gula dari buah sebagai pengganti air.
Amalan diet yang ketat bukan perkara baru di Arsenal. Sebelum ini Arsene Wenger turut mempunyai peraturan beliau tersendiri dalam merangka pemakanan pemain.
Namun perubahan ini adalah salah satu yang diperkenalkan oleh Emery sejak tiba di kelab London itu setelah mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Wenger pada Mei lalu.
Latihan pra musim Arsenal di bawah kendalian Emery juga memperlihatkan bagaimana aspek kecergasan diberikan lebih penekanan berbanding era Wenger. Ini kerana Emery memerlukan pemain berintensiti tinggi di dalam sistem pressing yang diamalkanya.
“Kami bekerja lebih keras dari kebiasaan, dan banyak melakukan latihan di gym,” ujar Hector Belerin pada Julai lalu.
Arsene Wenger sendiri pernah membawa masuk seorang pakar pemakanan ketika baru tiba di kelab London itu pada 1996.
Antara makanan larangan oleh Wenger ialah coklat. Manakala makanan lain seperti ayam, ikan, dan sayur-sayuran kepada menu di Pusat Latihan Colney.
Diet pemain merupakan salah satu aspek penting di bola sepak eropah.
Larangan mengambil jus buah-buahan oleh Emery menunjukkan betapa terperincinya mereka mengambil berat mengenai diet pemain.