Emery Janji Arsenal Akan Tampil Berbeza Di Emirates

Kekalahan tipis 0-1 keatas BATE Borisov dalam perlawanan pusingan pertama, peringkat 32 pasukan terbaik Liga Europa di Borisov Arena awal pagi tadi akan dijadikan pengajaran bermakna buat Arsenal, untuk memperbaiki permainan pada perlawanan yang akan datang.

Perkara itu diperkatakan oleh pengurus pasukan, Unai Emery yang menganggap anak buah buahnya tidak mempamerkan karektor sebenar, dan perlu bangkit dalam perlawanan seterusnya.

Gol tunggal dari Stanislav Dragun pada penghujung babak pertama menjadi bekalan Borisov bagi menghadapi perlawanan timbal balik selepas ini. Kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu semula pada 22 Febuari akan datang di Stadium Emirates.

Perlawanan berbeza

Arsenal tiada jalan lain untuk meneruskan kempen kejuaraan selain perlu meraih kemenangan dengan mencipta jaringan melebihi satu gol di Emirates.

Emery bagaimanapun berjanji bahawa pasukan kendalian beliau akan bangkit pada perlawanan itu nanti.

BARYSAW, BELARUS – FEBRUARY 14: Arsenal head coach Unai Emery looks on during the UEFA Europa League Round of 32 First Leg match between BATE Borisov and Arsenal at Borisov-Arena on February 14, 2019 in Borisov, Belarus. (Photo by MB Media/Getty Images)

“Ini adalah perlawanan pertama. Kami akan menjalani perlawanan seterusnya di London [Stadium Emirates] dan saya yakin ianya akan berbeza.”

“Saya percaya kepada pemain ,dan stadium ini dengan sokongan dari para penyokong. Saya percaya segala persiapan kami selepas ini menjadikan keputusan yang berbeza berbanding hari ini.” kata Emery selepas perlawanan.

Kad Merah Lacazette

Perlawanan itu turut dicemari dengan layangan kad merah ke atas penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette pada minit ke-85.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Emery berkata, beliau sama sekali tidak melihat insiden kekasaran yang dilakukan pemain penyerangnya itu keatas pemain lawan, Aleksandar Flipovic.

BARYSAW, BELARUS – FEBRUARY 14: Alexandre Lacazette of Arsenal is shown the red card by referee Srdjan Jovanovic during the UEFA Europa League Round of 32 First Leg match between BATE Borisov and Arsenal on February 14, 2019 in Barysaw, Belarus. (Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

“Saya tidak melihat kejadian itu. Kami berbicara mengenainya dan kami mengawal rasa marah itu”

“Kad merah itu adalah perkara buruk. Kami akan bermain tanpanya pada minggu depan nanti,” kata Emery.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN