Emery Intai Peluang Sertai Kelab Itali

Emery

Pengurus dari Sepanyol, Unai Emery dilepaskan dari jawatannya di Stadium Emirates pada akhir tahun lalu, dan kini sedang menantikan tawaran untuk kembali mengendalikan pasukan.

Unai Emery berkata beliau kini sedang menantikan peluang untuk melatih di Serie A, dan pada masa ini sedia mendengar tawaran buat kali pertama sejak meninggalkan Arsenal.

The Gunners sebelum ini melepaskan bekas pengurus Sevilla dan Paris Saint-Germain itu walaupun baru 18 bulan bersama pasukan, setelah melantik beliau sebagai pengganti Arsene Wenger.

Emery
ST ALBANS, ENGLAND – APRIL 06: Arsenal Head Coach Unai Emery during a training session at London Colney on April 06, 2019 in St Albans, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Sejak dari itu, Emery belum lagi menyertai mana-mana kelab, walaupun telah dikaitkan dengan pebagai kelab di serata Eropah.

Mempunyai pengalaman bergelar pengurus di Sepanyol, Perancis dan England, kini Itali dilihat sebagai peluang yang menarik minat Emery.

“Saya telah menjadi jurulatih selama 16 tahun berturut-turut. Jadi saya merancang berehat sebentar sebelum bersedia dengan projek baru yang boleh memberikan inspirasi kepada saya,” ujar Emery yang turut dikaitkan sebagai pengganti Maurizio Sarri di Juventus.

“Saya tidak mahu menolak kemungkinan di mana-mana negara: England, Sepanyol, Perancis adalah di mana saya pernah bekerja, atau Itali di mana saya belum pernah melaluinya.

“Saya ada berhubung dengan beberapa kelab di Itali, tetapi kerana sebab-sebab tertentu, ia belum masanya lagi untuk melatih di sana. Saya terbuka untuk setiap peluang dan mengikuti rapat perkembangan di Serie A.

“Kerana hormat, saya tidak akan menamakan kelab yang telah menghububgi saya sebelum ini.”

Sekiranya Emery akhirnya akan ke Turin, maka beliau akan disatukan kembali dengan bekas pemain Arsenal, Aaron Ramsey.

Pemain antarabangsa Wales itu adalah pemain di bawah kendalian Emery di Arsenal sebelum berhijrah sebagai ejen bebas ke Juventus.

“Ramsey memutuskan untuk pergi dan menyertai sebuah kelab yang besar,” tambah Ramsey.

“Aaron akan menjadi pemain yang amat penting buat Juventus.

“Saya memberi pujian kerana pilihannya, kerana memilih sebuah kelab di mana beliau boleh menang. Ia adalah satu cabaran untuk beliau.”

Tidak dapat dipastikan bagaimana Ramsey akan terus bertahan di Juventus pada musim hadapan setelah kelab Turin itu dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan seorang lagi pemain tengah, dengan Paul Pogba dikatakan menjadi sasaran.

Baca artikel lain kami mengenai Unai Emery:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN