Unai Emery Disenarai Sebagai Calon Pengurus Everton

Laman berita Sky Sports melaporkan bekas pengurus Arsenal, Unai Emery telah ditawarkan kerja baharu bersama Everton yang baru sahaja memecat Marco Silva tempoh hari.

Dalam satu pertemuan yang diadakan di London, Emery dikatakan mahu masa lebih panjang untuk memikirkan mengenai masa depannya selepas dipecat selaku pengendali Arsenal.

Emery dikatakan bersedia untuk memperbaiki bahasa Inggerisnya jika terus kekal di England. Namun beliau tidak menolak untuk menyertai kelab Sepanyol atau Itali untuk tugasan seterusnya.

Jurulatih warga Sepanyol itu kini dalam tempoh ‘bertenang’, namun beliau dikatakan tidak mahu menunggu terlalu lama dan bersedia untuk memikirkan cabaran terbaru dalam kariernya.

Everton kini dalam pemburuan mendapatkan pengurus baharu dengan ketua jurulatih Shanghai SIPG, Vitor Pereira menjadi calon utama dalam senarai lembaga pengarah kelab.

Pengerusi kelab, Bill Kenwright dan pemegang saham utama, Farhad Moshiri dikatakan telah menyenaraikan empat nama termasuk pengurus Napoli, Carlo Ancelotti.

Everton kini dibimbing pengurus sementara Duncan Ferguson yang merupakan legenda kelab itu. Beliau bukanlah pilihan utama untuk jangka masa panjang, tetapi telah pun menghasilkan kemenangan bermakna ke atas Chelsea tempoh hari.

Beliau telah menjadi staf kejurulatihan untuk empat pengurus iaitu Roberto Martinez, Ronald Koeman, Sam Allardyce dan Marco Silva yang semuanya berakhir dengan pemecatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN