5 Perkara Tentang Emerson Palmieri, Pertahanan Baru Chelsea

Chelsea mengesahkan seorang lagi pemain menyertai mereka iaitu Emerson Palmieri dari AS Roma. Chelsea membayar £17.5 juta kepada AS Roma untuk pemain ini. Beliau dilaporkan menerima gaji asas  £42,000 seminggu.

1. Permulaan Karier

Emerson Palmieri menyertai skuad remaja Santos pada usia 15 tahun pada 2009. 2 tahun kemudian, pada 17 April 2011, beliau melakukan debut untuk pasukan senior Santos dan menang 3-0 ke atas Paulista.

2. Ke Itali

Sebelum menyertai AS Roma, Emerson Palmieri beliau menyertai Palermo secara pinjaman pada 2014/15. Pada musim seterusnya, beliau menyertai AS Roma secara pinjaman.

Beliau menjaringkan debut untuk Roma pada 4 Oktober 2015 menentang bekas kelab lama beliau, Palermo. Roma menang 4-0.

Selepas melanjutkan tempoh pinjaman. Beliau berjaya mendapatkan kontrak tetap dengan AS Roma pada Disember 2016.

3. Posisi dan corak permainan

Beliau adalah bek kiri. Boleh bermain sama ada sebagai bek sisi ataupun sebagai bek sayap. Jadi, beliau akan memberikan persaingan kepada Marcos Alonso untuk posisi itu.

Emerson dikenali dengan permainan yang dinamik dan mampu bertarung secara fizikal. Beliau juga boleh menggelecek dan melakukan hantaran lintang dengan baik.

4. Brazil dan Itali

Emerson adalah pemain remaja penting untuk Brazil. Beliau bermain 15 kali untuk pasukan Brazil B-17. Emerson juga membantu skuad kebangsaan Brazil B-17 menang Piala Dunia B-17 pada edisi 2011.

Namun begitu pada Mac 2017, beliau memilih untuk mewakili Itali. Dan kini beliau adalah pemain kebangsaan Itali dalam status FIFA.

5. Statistik kelab

Setakat ini daripada 89 perlawanan di peringkat kelab beliau sudah menjaringkan 5 gol.

Selamat datang ke EPL Emerson Palmieri. Apa kata penyokong Chelsea? Adakah anda teruja dengan prospek pemain ini?

Sebelum ini Chelsea sudah menandatangani seorang lagi pertahanan Itali, Zappacosta yang boleh dikategorikan sebagai pembelian yang baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN