Chelsea mengesahkan seorang lagi pemain menyertai mereka iaitu Emerson Palmieri dari AS Roma. Chelsea membayar £17.5 juta kepada AS Roma untuk pemain ini. Beliau dilaporkan menerima gaji asas £42,000 seminggu.
1. Permulaan Karier
Emerson Palmieri menyertai skuad remaja Santos pada usia 15 tahun pada 2009. 2 tahun kemudian, pada 17 April 2011, beliau melakukan debut untuk pasukan senior Santos dan menang 3-0 ke atas Paulista.
Sebelum menyertai AS Roma, Emerson Palmieri beliau menyertai Palermo secara pinjaman pada 2014/15. Pada musim seterusnya, beliau menyertai AS Roma secara pinjaman.
Beliau menjaringkan debut untuk Roma pada 4 Oktober 2015 menentang bekas kelab lama beliau, Palermo. Roma menang 4-0.
Selepas melanjutkan tempoh pinjaman. Beliau berjaya mendapatkan kontrak tetap dengan AS Roma pada Disember 2016.
3. Posisi dan corak permainan
Beliau adalah bek kiri. Boleh bermain sama ada sebagai bek sisi ataupun sebagai bek sayap. Jadi, beliau akan memberikan persaingan kepada Marcos Alonso untuk posisi itu.
Emerson dikenali dengan permainan yang dinamik dan mampu bertarung secara fizikal. Beliau juga boleh menggelecek dan melakukan hantaran lintang dengan baik.
4. Brazil dan Itali
Emerson adalah pemain remaja penting untuk Brazil. Beliau bermain 15 kali untuk pasukan Brazil B-17. Emerson juga membantu skuad kebangsaan Brazil B-17 menang Piala Dunia B-17 pada edisi 2011.
Namun begitu pada Mac 2017, beliau memilih untuk mewakili Itali. Dan kini beliau adalah pemain kebangsaan Itali dalam status FIFA.
5. Statistik kelab
Setakat ini daripada 89 perlawanan di peringkat kelab beliau sudah menjaringkan 5 gol.
Selamat datang ke EPL Emerson Palmieri. Apa kata penyokong Chelsea? Adakah anda teruja dengan prospek pemain ini?
Sebelum ini Chelsea sudah menandatangani seorang lagi pertahanan Itali, Zappacosta yang boleh dikategorikan sebagai pembelian yang baik.