Emel Bocor Woodward Kepada Kakitangan Dedah Perancangan Man Utd Beli Pemain

Ed Woodward mengesahkan Manchester United kini bekerja keras untuk membawa masuk lebih ramai pemain muda dengan potensi demi memenuhi visi jangka masa panjang gergasi Liga Inggeris itu.

Melalui satu email untuk sebaran dalaman kepada kakitangan di Manchester United – sebaik sahaja pengumuman rasmi pembelian Aaron Wan-Bissaka – Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United itu mendedahkan kesibukkan mereka di jendela perpindahan kali ini, dan memberi jaminan akan lebih ramai pemain akan dibawa masuk untuk memperkuatkan skuad Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United baharu sahaja mengesahkan ketibaan Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace dengan nilai £50 juta pada hujung minggu yang lalu, selepas sebelum itu membawa masuk seorang lagi pemain muda, Daniel James dari Swansea. Kedua-dua pemain berusia 21 tahun.

“Walaupun pasaran pemain diganggu oleh inflasi, bermacam-macam jenis spekulasi dan pelbagai khabar angin yang mengelirukan, pasukan yang melakukan rekrut – bersesuaian dengan kehendak pengurus [Ole Gunnar Solskjar] – tetap melakukan kerja mereka dengan tenang di sebalik tabir, demi memastikan akan ada lagi pemain baru dibawa masuk bersesuaian dengan visi jangka masa panjang kelab ini.” ujar Woodward dalam emel tersebut.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

Solskjaer dikatakan mensasarkan pemain yang lebih muda, dahaga untuk membuktikan diri dan boleh dibangunkan di pasaran pemain – falsafah yang bertentangan ketika era Mourinho yang membawa masuk pemain bintang,

Woodward turut menjelaskan mereka memahami falsafah yang mahu dibina oleh Solskjaer di Manchester United, dan kini bertekad untuk membantu pengurus dari Norway itu merealisasikan visi tersebut bermula saingan musim hadapan.

“Selepas ketibaan Daniel James dari Swansea pada awal bulan lalu, sukacita saya mengesahkan ketibaan pemain pertahanan Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace.

“Aaron [Wan-Bissaka] memenuhi falsafah dan pelan Ole [Solskjaer] untuk membina kembali pasukan, dan merupakan pemain yang dinanti-nantikan oleh penyokong kelab ini sebelum bermulanya musim baharu.”

Pemain antarabangsa England B-21 itu menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pilihan untuk dijadikan enam tahun dengan pendapatan bernilai £80,000 seminggu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN