Elon Musk Mahu Beli Manchester United

Ketua pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk mendedahkan yang beliau sangat berminat mahu membeli Manchester United dan sepertinya beliau tidak main-main dengan kenyataan yang dibuat olehnya itu.

Sebelum ini, Elon Musk turut pernah memuat naik status di laman twitter miliknya dengan menyatakan yang beliau mahu membeli platform media sosial tersebut.

Tidak lama selepas itu, beliau kemudiannya benar-benar membeli twitter dan ia membuktikan yang Elon Musk tidak pernah main-main jika beliau sudah mengumumkan sesuatu hal itu kepada umum.

Satu-satunya hal yang boleh menghalang beliau dari membeli Manchester United pada ketika ini adalah pemilik kelab itu sendiri, dengan Glazer tak mungkin melepaskan lubuk emasnya itu dengan mudah.

Kelab bola sepak Manchester United mempunyai nilai pasaran bernilai $2.08 billion.

Elon Musk menulis di laman twitter miliknya yang beliau benar-benar mahu membeli Manchester United.

“Saya akan beli Manchester United, sama-sama.”

Selain berhasrat mahu memenangi piala, melihat Glazer melepaskan kelab juga merupakan antara harapan dan impian hampir kesemua penyokong Manchester United di seluruh dunia.

Terdapat gerakan dari kalangan penyokong yang menentang pemilikan Glazer dengan kumpulan penyokong ini telah melakukan pelbagai usaha dalam memastikan Manchester United mendapatkan pemilik baru.

Baru-baru ini, kumpulan sama turut memberi amaran kepada pihak kelab yang mereka bakal melakukan protest menjelang aksi bertemu Liverpool minggu hadapan.

Para peminat jelas sekali tidak gembira melihat kelab kesayangan mereka dimiliki oleh Glazer yang telah membeli kelab dengan nilai £790 juta pada tahun 2005 itu.

Gerakan anti-Glazer semakin membenci pemilik kelab mereka selepas pihak kelab mengumumkan usaha mereka mahu menyertai European Super League.

Sehingga kini para peminat masih lagi tidak boleh menerima Glazer dan terus menerus membenci ahli perniagaan dari Amerika Syarikat itu.

Tidak pasti sama ada Elon Musk akan mampu atau tidak untuk membeli Manchester United, namun satu hal yang pasti, beliau benar-benar berminat mahu memiliki kelab bola sepak terbesar England itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN