“Elok B. Satiananthan kaji dulu sistem sebelum komen.” – Demikianlah luahan seorang lelaki yang menangkis lima dakwaan salah bekas pengendali skuad kebangsaan dan jurulatih berpengalaman, B. Satiananthan di Twitter pada hari ini.
Melalui sebuah artikel yang disiarkan portal Football Tribe pada hari ini, B. Satiananthan tampil mempersoalkan sama ada NFDP benar-benar menyumbang kepada pembangunan bola sepak Malaysia.
Satiananthan baru-baru ini adalah salah seorang tetamu dengan Haresh Deol dalam rancangan Rembat bersama Graig Nunis di Football Tribe, beliau telah membuat kajian mengenai perkembangan NFDP dan mendapati masih tidak ramai pemain dari program tersebut yang beraksi dengan pasukan kebangsaan mahupun Liga Malaysia.
"Jika NFDP menghasilkan pemain yang bagus dalam setiap 4 atau 5 tahun, kita sepatutnya mempunyai banyak pemain muda yang berbakat bermain untuk pasukan kebangsaan."https://t.co/05PCVqI65h
— Football Tribe MY 🇲🇾 (@MYFootballTribe) October 22, 2021
Sejauh manakah kebenaran yang cuba disampaikan oleh B. Satiananthan itu?
Tidak dinafikan kenyataan bekas jurulatih Selangor dan Felda United itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
Salah satu daripadanya adalah daripada seorang pengguna Twitter, @falsneo, yang menangkis komen jurulatih tersebut dengan beberapa fakta yang wajar semua pihak renungi bersama.
Tangkis 5 Dakwaan Salah B. Satiananthan
Melalui bebenang di Twitter, @falsneo jelas tidak bersetuju dengan pandangan Satiananthan dan membalas hujah jurulatih tersebut melalui lima bahagian berdasarkan dakwaan yang disampaikan.
Pertama: @falsneo terlebih dahulu memperbetulkan fakta salah yang mengelirukan oleh Satiananthan mengenai umur graduan pertama NFDP.
Menurut Satiananthan, NFDP yang dibentuk pada tahun 2014 dan mulai mengambil pemain pada usia 13 tahun pada ketika itu, menjadikan graduan pertama program tersebut kini ialah 20 atau 21 tahun.
Dakwaan: “NFDP dibentuk pd tahun 2014, jika kita mengambil kira pemain pada masa itu berusia 13yo, skrg 2021, mereka semestinya sudah berumur 20/21 tahun ketika ini.”
Fakta: Batch pertama sejak NFDP dilancarkan pd 2014 kini berumur 19yo / lahir tahun 2002. Bukan berumur 20/21.
— Falsneo (@faliqfirdaus) October 22, 2021
Fakta itu dibetukan oleh pengguna Twitter tersebut. Usia sebenar pemain-pemain ini ialah 19 tahun kerana lahir pada tahun 2002, dan bukannya pada 2000 atau 2001 seperti yang dicongak Satiananthan.
Kedua: Sathiananthan turut menyamakan skuad kebangsaan negara dengan Sepanyol dan Itali. Menurut Satiananthan berbanding kedua-dua negara tersebut, beliau tidak melihat banyak pemain berusia 19, 20 atau 21 yang beraksi untuk skuad utama Harimau Malaya.
Sekali lagi, fakta jurulatih itu salah di sini. Menurut @falsneo, dapatan senarai pemain Itali di UEFA Nations League, hanya dua pemain berumur 21 tahun iaitu Moise Kean dan Giacomo Raspadori.
Bagi Sepanyol, Eric Garcia (20), Bryan Gil (20), Gavi (17) Yeremi Pino (19) dan Ferran Torres (21).
Italy: https://t.co/kx8TL0CQH6
Spain: https://t.co/zvMiUmoo8r.
— Falsneo (@faliqfirdaus) October 22, 2021
Sepanyol pula menampilkan lima pemain iaitu, Eric Garcia (20), Bryan Gil (20), Gavi (17) Yeremi Pino (19) dan Ferran Torres (21). Dan kesemua mereka dihasilkan oleh akademi bola sepak yang berbeza.
Dalam erti kata lain, Malaysia memerlukan lebih banyak akademi yang mirip kualiti Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sekiranya mahukan produk pemain muda yang lebih ramai.
Namun demikian, kita harus menerima hakikat sistem pembangunan di setiap negara adalah berbeza.
Ketiga: Satiananthan kemudiannya mempersoalkan berapa ramai produk NFDP yang beraksi di Liga Super. ” Kalau Selangor, ada 4 hingga 5 pemain yang selalu bermain, mereka bukan dari NFDP,” kata jurulatih tersebut.
@falsneo menjelaskan sehingga kini 34 pemain NFDP/AMD tahun 2002 telah menandatangani kontrak dgn 4 pasukan. 40 orang pemain tahun 2003 pula kini bersama dengan 10 pasukan lain.
“Kalau Selangor”, nama-nama spt Azrin Afiq, Zikri Khalili, Harith Haiqal, Sikh Izhan, dah main Liga Super. Tu belum nama2 Selangor 2 spt Fahmi Daniel, Faiz Amer etc.
Johor: Ariff Aiman, Firdaus Ramli, Umar Hakeem etc
— Falsneo (@faliqfirdaus) October 22, 2021
““Kalau Selangor”, nama-nama sepertt Azrin Afiq, Zikri Khalili, Harith Haiqal, Sikh Izhan, dah main Liga Super. Tu belum nama-nama [pasukan] Selangor 2 seperti Fahmi Daniel, Faiz Amer. Di JDT pula ada Ariff Aiman, Firdaus Ramli, Umar Hakeem, dan lain-lain,” jelas @falsneo.
Keempat: Satiananthan turut berkata bola sepak negara kini sepatutnya sudah mempunyai ramai pemain berbakat sekiranya NFDP/AMD berjaya menghasilkan pemain yang bagus pada setiap tahun sejak 4 – 5 tahun lalu.
Dakwaan ini sedikit aneh, kerana tidakkah Satiananthan tahu bahawa dua produk dari AMD berumur 19 tahun sudah mendapat kap pertama masing-masing bersama skuad senior?
Dakwaan: “Jika mereka menghasilkan pemain yang bagus dlm setiap 4/5 tahun, kita sepatutnya mempunyai banyak pemain muda yg berbakat bermain utk pasukan kebangsaan.”
2 pemain AMD berumur 19 tahun dpt 1st cap skuad senior. Pasukan U23 ke Mongolia baru2 ini melibatkan 9 pemain AMD.
— Falsneo (@faliqfirdaus) October 22, 2021
Malah pasukan negara Bawah-23 yang akan beraksi di pusingan kelayakan Piala Asia di Mongolia mulai Isnin hadapan turut melibatkan 9 pemain dari AMD.
Kelima: Selain itu Satiananthan turut mengajak agar program akar umbi di dalam negara dilihat kembali. Menurut beliau pemain-pemain hebat seperti yang pernah dihasilkan sebelum ini seperti Indra Putra, Nizaruddin Yusof, dan ramai lagi lahir dari akar umbi di peringkat negeri.
Pemain-pemain ini telah mewakili negeri, mereka berlatih di akademi negeri dan tidak spt di Gambang sentiasa bermain dalam satu pasukan yang sama.
B. Sathia tak faham sistem NFDP. Dalam NFDP, AMD sahaja yang bersifat nasional. PLD, SSN setiap negeri masih di bawah kerjasama inter-agency negeri dan funding federal. Peluang ini yang perlu diambil setiap FA/FC.
Elok B.Sathia kaji dulu sistem sebelum komen.
— Falsneo (@faliqfirdaus) October 22, 2021
Berdasarkan dakwaan ini, @falsneo berkata B. Sahiananthan tidak faham sistem NFDP. Dalam NFDP, AMD sahaja yang bersifat nasional.
“PLD, SSN setiap negeri masih di bawah kerjasama inter-agency negeri dan funding federal [dana dari pusat]. Peluang ini yang perlu diambil setiap FA/FC. Elok B.Sa kaji dulu sistem sebelum komen,” kata pengguna Twitter tersebut.
Keenam: Sekurang-kurangnya @falsneo bersetuju dengan salah satu kenyataan oleh Satiananthan dalam bebenang Twitter yang diciapkannya apabila Satiananthan turut membandingkan program pembangunan bola sepak negara dengan di Jepun.
“Berbanding dengan Jepun, di sini dana hanya dibelanjakan untuk pasukan utama dan pasukan kedua, jadi apabila tidak ada wang, siapa yang akan lahirkan pemain, jadi kita melalui MSN dan bukan FA negeri.”
Tepat sekali. Jadi sebagai seorang Pengarah Teknikal pasukan, apakah perubahan ini telah dilakukan di pasukannya sendiri? Atau bajet RM20juta (jumlah contoh) hanya difokuskan kepada pasukan utama sahaja? Atau turut disalurkan ke peringkat pembangunan? Jika ada, mohon kongsi.
— Falsneo (@faliqfirdaus) October 22, 2021
“Tepat sekali,” jawab @falsneo. “Jadi sebagai seorang Pengarah Teknikal pasukan, apakah perubahan ini telah dilakukan di pasukannya sendiri?
“Atau bajet RM20juta (jumlah contoh) hanya difokuskan kepada pasukan utama sahaja? Atau turut disalurkan ke peringkat pembangunan? Jika ada, mohon kongsi,” tanya @falsneo.
Untuk rekod, B. Satiananthan telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Sarawak United pada musim ini.
Penutup
Apakah pendapat anda? Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan B. Satiananthan? Atau bersetujukah anda dengan hujah pengguna Twitter ini?
Nyatakan komen dan pandangan bernas anda melalui platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.