Elkan Baggott Sah Sertai Piala AFF, Pertahanan Indonesia Bakal Kental Tak Tercabar

Berita baik buat skuad kebangsaan Indonesia apabila tonggak pertahanan muda mereka iaitu Elkan Baggott sah bakal memperkuatkan pasukan tersebut untuk aksi Piala AFF 2022.

Pemain berusia 20 tahun itu tampil cemerlang bersama skuad Sang Garuda pada aksi Piala AFF lalu serta menjadi wira pasukan, setelah kejayaan beliau meledak gol pada aksi peringkat kumpulan ketika bertemu Malaysia.

Menurut Asean Football, Baggott bakal memperkuatkan jentera pertahanan Indonesia setelah jadual kelab diwakilinya ketika ini, Gillingham FC bakal mengalami perubahan ekoran aksi Piala Dunia akan datang.

“Pertahanan Indonesia, Elkan Baggott menyatakan beliau bakal menyertai pasukan kebangsaan dalam saingan Piala AFF 2022 pada hujung tahun.

“Ini kerana, jadual saingan EFL League Two bakal mengalami perubahan dimana untuk disesuaikan dalam aksi Piala Dunia akan datang.

“Pertahanan muda berusia 20 tahun itu beraksi bersama Gillingham FC dan telah pun meledak dua gol daripada 14 perlawanan,” jelas Asean Football di Facebook.

Perkembangan terbaharu mengenai Baggott di England ialah pasukannya gagal untuk memperoleh sebarang mata apabila Gillingham mencatat kekalahan kedua berturut-turut.

Sebelum ini, mereka tumpas di tangan Leyton Orient dengan keputusan 0-2 sebelum Doncaster turut mencatat kemenangan tipis untuk mengatasi Gillingham pada sabtu lalu.

Baggott yang beraksi dua kali sebagai pertahanan tengah pasukan tersebut gagal memberi impak positif untuk membenarkan lawan mencipta serangan.

Musim ini sahaja, Baggott sudah pun diberi peluang untuk beraksi sebanyak 11 kali dalam senarai kesebelasan utama dan sekali sebagai pemain simpanan.

Apa yang menarik mengenai pemain muda ini, beliau berjaya diberi ruang untuk beraksi sebagai antara tonggak utama biarpun tampil selaku pemain pinjaman daripada Ipswich Town.

Sesuatu yang pastinya bakal menjadi pengalaman berguna buat Baggott ialah pasukannya bakal berdepan Brentford untuk aksi pusingan ketiga EFL Carabao Cup pada 9 November ini.

Berdepan penyerang handalan seperti Ivan Toney dan Bryan Mbeumo pastinya dapat dijadikan Baggott sebagai pengalaman beliau untuk tampil lebih baik selepas ini selaku seorang pertahanan.

Tambahan lagi, Baggott juga mempunyai misi tersendiri bersama skuad Indonesia selepas mengutip pengalaman sebanyak mungkin untuk mewakili Gillingham.

“Saya ingin beraksi dengan lebih kerap musim ini bersama Gillingham, selepas itu saya akan beri fokus sepenuhnya untuk aksi Piala Asia.

“Saya akan beraksi dan tingkatkan tahap sedikit demi sedikit dan Piala Asia menjadi fokus utama saya ketika ini untuk tampil lebih baik,” jelas Baggott menerusi Bola.com.

Sumber:
Asean Football

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN