Elkan Baggott Sah Dipinjamkan Oleh Ipswich Town Ke Saingan EFL League 2 Musim Akan Datang

Pemain bintang Indonesia, Elkan Baggott mengesahkan diri bakal bersaing untuk pasukan baharunya musim ini iaitu Gillingham FC yang beraksi di saingan divisyen keempat England, EFL League 2.

Beliau yang sebelum ini bermain untuk Ipswich Town dalam saingan EFL League 1 dilihat sukar untuk mendapat peluang beraksi dilihat bakal mempunyai minit permainan lebih cerah bersama kelab baharu diwakilinya itu menurut Bola.com.

Sebelum itu, Baggott dikhabarkan telah pun menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab lamanya iaitu Ipswich Town sehingga 30 jun 2025 dan bakal dipinjamkan ke Gillingham sehingga tamat musim 2022/2023 untuk membantu pasukan tersebut meraih sesuatu positif.

Pinjaman yang dibuat oleh Ipswich kepada Gillingham dilihat dapat membuka lembaran baharu buat pemain pertahanan tersebut untuk memberi peluang buat beliau mendapat ruang beraksi dalam kesebelasan utama dan lebih minit permainan berbanding sebelum itu.

“Gillingham selesai menandatangani pemain pertahanan tengah Ipswich Town, Elkan Baggott untuk tempoh masa panjang selaku pinjaman”, jelas kenyataan rasmi Instagram Gillingham.

Dalam masa sama Baggott juga melahirkan rasa gembira apabila dapat mewakili Gillingham untuk musim baharunya nanti di Instagram peribadinya.

“Saya benar-benar rasa teruja untuk menandatangani kontrak secara pinjaman ini bersama Gillingham FC hari ini!

“Saya tidak sabar lagi untuk bekerjasama dengan rakan sepasukan baharu, kejurulatihan untuk musim hadapan yang menakjubkan.

“Saya juga tidak sabar untuk merasai sendiri suasana di Stadium Priestfield dan bertemu dengan kamu semua selaku penyokong Gillingham,” jelas Baggott di Instagram miliknya.

Baggott bukan lagi satu nama asing dalam kalangan penyokong Indonesia apabila pemain tersebut sering beraksi dengan cukup positif terutama sekali dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Pemain berketinggian 194 sentimeter ini dianggap sebagai suatu aset penting di posisi pertahanan skuad kebangsaannya kerana mempunyai pengalaman beraksi di pentas Eropah serta mempunyai masa yang masih panjang untuk dibentuk menjadi pemain terbaik mereka.

Dengan kelab terbaharunya iaitu Gillingham FC ini, dijangka Baggott bakal mendapat peranan serta minit permainan lebih baik berbanding Ipswich Town dan memberi faedah buat skuad Indonesia dengan mengharapkan  pemain tersebut semakin berkembang dengan positif.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN