Elavarasan Kini Merupakan Pengendali Baharu PDRM FA

Skuad ‘The Cops’ serius mahu mencabar kelompok teratas dalam saingan Liga Premier musim ini apabila melantik jurulatih yang berpengalaman luas iaitu E. Elavarasan bagi menggantikan Fauzi Pilus yang direhatkan selepas kekalahan kepada pendatang baharu, Selangor United pada 23 Februari lalu.

Perlantikannya disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun merangkap Penaung Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Majlis Pertemuan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Dengan Pasukan Bolasepak PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam.

Elavarasan yang membimbing pasukan Melaka United dalam saingan Liga Super musim lepas, akan memulakan tugasan pertamanya bertemu Sarawak dalam saingan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 2 April depan.

Walaupun baru melatih pasukan itu sejak seminggu lalu, beliau yakin dengan kemampuan anak buahnya dan berharap segala kelemahan di bahagian pertahanan dapat diperbaiki dengan segera.

“Pertembungan dengan Sarawak menjadi perlawanan pertama saya dan berharap pasukan mampu menang untuk mengembalikan semangat pasukan.

“Tumpuan adalah memperkemas bahagian pertahanan dan serangan yang dibocori 10 gol dan hanya menghasilkan tiga gol menerusi enam perlawanan,” katanya dalam harian metro.

FOTO: PDRM, FA

Beliau turut menegaskan tiada rombakan besar-besaran dilakukan dalam skuad itu dan terpaksa bergantung kepada pemain sedia ada termasuk pemain penggempur import, Patrick Ronaldinho.

“Saya lihat dia belum capai tahap permainan terbaiknya setakat ini,” katanya.

Selain itu, PDRM turut mengumumkan kemasukan tiga bekas pemain Perlis iaitu penjaga gol, Shahril Saari, pemain tengah, Shukor Azmi serta pemain pertahanan, Azmizi Azmi bagi memperkuatkan pasukan itu.

Skuad ‘The Cops’ mengumpul satu mata, hasil seri 1-1 menentang Negeri Sembilan dan lima kekalahan termasuk perlawanan pertama kepada UiTM FC, 1-3, tewas 1-0 kepada Pulau Pinang, Selangor United dan UKM FC serta dibenam 3-1 oleh Sabah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN