Elavarasan Azam Tingkatkan Prestasi Pasukan Melaka United

Kelmarin Melaka United mengesahkan mereka telah memilih E. Elavarasan sebagai pengganti Eduardo Ameida bagi membimbing skuad Hang Tuah itu.

Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, Elavarasan menyifatkan pemilihannya sebagai pengendali Melaka Uni­ted adalah satu penghormatan dan kepercayaan bahawa dia mampu memikul tanggungjawab untuk memperbaiki mutu persembahan skuad berkenaan.

“Pada masa ini kita lihat keadaan Melaka United agak kucar-ka­cir dengan lima ke­kalahan berturut-turut dihadapi (empat Liga Super, satu perlawanan Piala FA).

“Mungkin pihak pe­­ngurusan melihat pasukan ini memerlukan per­ubahan dari segi corak permainan dan membentuk satu pasukan yang lebih mantap untuk saingan seterusnya,” katanya.

Elavarasan berkata, bagi me­lakukan perubahan pasukan itu, dia akan membuat keputusan selepas perlawanan dengan Perak pada Sabtu ini di tempat lawan.

Katanya, dia akan melakukan peruba­han sama ada secara drastik atau pun me­ngikut keperluan iaitu apa yang perlu diperbaiki atau dikekalkan bagi memastikan Me­
laka United memper­baiki kedudukan da­lam Liga Super.

Kesebelasan utama skuad Melaka United. FOTO: Melaka United

“Selepas perlawanan itu ada dua perlawanan pada bulan Ramadan, kita akan lihat perkara-perkara lain termasuk memperbaiki bahagian tengah dan sebagainya,” katanya.

Elavarasan, yang mengikat kontrak bersama Melaka United pada Isnin lalu, menggantikan Eduardo Almeida yang dipecat minggu lalu selepas prestasi buruk dicatatkan pasukan itu ke­belakangan ini.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata pelantikan Elavarasan adalah bagi memberi sentuhan baharu kepada skuad Sang Kancil sekali gus menyelamatkan pasukan itu daripada terus menanggung kekalahan.

“Kita tidak meletakkan sebarang sasaran tertentu, namun saya mengharapkan sentuhannya dapat memperbaiki nasib Melaka yang sedang berada dalam situasi kritikal ketika ini,” katanya.

Untuk rekod, Elavarasan pernah membimbing skuad Melaka pada musim 2005 hingga 2006 dan berjaya membawa pasukan itu menyertai Liga Super pada 2006-2007. Dia juga pernah membawa PKNS FC ke pentas final Piala FA pada 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN