Pengurusan Terengganu pastinya mendapat pengajaran berguna pada musim lalu mengenai isu kontrak yang dihadapi oleh bekas pemain dan pegawai pasukan untuk tampil lebih bersedia tahun ini.
Disebabkan itu, pastinya langkah-langkah baharu telah dibuat oleh pasukan tersebut untuk mengelakkan ianya terus berulang pada tahun ini membabitkan individu lain.
“Pengurusan Tak Profesional” – Nafuzi Kecewa Terengganu Hantar Kontrak Baharu Guna ‘Kitman’ Sahajahttps://t.co/jOYg3wHArq
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 13, 2022
Menerusi pengalaman pahit dihadapi mereka sebelum itu menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Ab Rasid Jusoh menyatakan pihak mereka akan mengambil tindakan tegas buat mana-mana pemain atau pegawai yang melanggar kontrak.
Menurut beliau, sebarang masalah berlaku sebenarnya boleh dibincangkan dengan baik dan perkara tersebut sepatutnya tidak boleh berlaku jika kontrak yang ditandatangani pemain itu sudah pun dipersetujui.
“Sebenarnya kemelut yang melanda pada musim lalu bukannya dicipta oleh pihak pengurusan, sebaliknya ianya berkemungkinan dilakukan oleh individu tertentu untuk mencari salah orang lain.
“Tapi jika pemain dan pegawai berpegang kepada terma kontrak yang dipersetujui, pastinya kemelut yang melanda pada musim lalu itu tidak akan berlaku dan ianya dapat diselesaikan dengan baik jika ada sesuatu isu, lagipun mereka tidak boleh lari dengan kontrak berkenaan.
“Justeru bagi mengelak kemelut sama berulang, pihak pengurusan mengharapkan pemain dan pegawai bersikap profesional iaitu berpegang kepada kontrak dan jika ada sesuatu isu boleh berbincang dengan pihak pengurusan bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya menerusi Berita Harian.
Perkara tersebut pastinya ditegaskan oleh pengurusan Terengganu ketika ini kerana tidak mahu situasi tahun lalu berlaku, sehingga ia mencalarkan nama pasukan.
Apa yang berlaku musim lalu ialah membabitkan bekas pemain dan jurulatih utama mereka iaitu Faisal Abdul Halim serta Nafuzi Zain yang telah membuat kenyataan tidak puas hati tentang pasukan.
Disebabkan perbuatan kedua individu tersebut yang dilihat agak lantang, pihak pengurusan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk tidak membiarkan nama kelab terus tercalar.
Pada masa sama, Ab Rasid juga mengakui pasukan yang kini dikendalikan oleh Tomislav Steinbruckner sudah pun bersedia 100 peratus untuk aksi pertama Piala Sumbangsih.
Pemain sayap Terengganu Faisal Halim ditanya tentang kontrak yang ditawarkan kepada beliau pada saat akhir (Harimau Malaya)
Pautan : https://t.co/zipZ4Ek1x3 pic.twitter.com/j8nq9OL8cC
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) October 28, 2022
“Pemain sudah bersedia untuk mengharungi aksi Piala Sumbangsih itu yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sasaran kita bukan hanya untuk merangkul trofi pertama pada musim ini tapi kita mahu mengutip tiga mata pertama sekali gus mendahului Liga Super.
“Jadi saya mengharapkan semua pemain fokus dan mengikut taktikal yang dirangka jurulatih kelahiran Croatia itu bagi memastikan impian berkenaan tercapai,” katanya.