‘Elak Kejadian Seperti Myanmar’ – Penganjur Piala AFF B-23 Benarkan Pasukan Tukar Sehingga 10 Pemain

Pengajur Piala AFF B-23 bertindak drastik menukar peraturan pertandingan sedia ada. Selepas berbincang dan mendapat persetujuan pasukan yang mengambil bahagian, setiap pasukan kini dibenarkan menukar sehingga 10 pemain sebelum bermulanya perlawanan.

Peraturan tersebut bagaimana pun hanya untuk menggantikan pemain yang disahkan positif Covid-19, dan bukan disebabkan faktor lain seperti kecederaan.

Sebagai contoh sekiranya ujian saringan sebelum perlawanan mendapati pasukan negara mempunyai lima pemain positif wabak tersebut, maka Brad Maloney sebagai ketua jurulatih bersama pengurusan pasukan dibenarkan untuk membawa lima pemain baharu sahaja dari Malaysia untuk menggantikan pemain-pemain yang positif.

Setiap pasukan yang ingin menggantikan pemain sedia ada (positif Covid-19) dengan pemain baharu harus melakukannya 12 jam sebelum perlawanan dan perkara itu harus dimaklumkan kepada penganjur terlebih dahulu.

Peraturan baharu tersebut bagaimana pun tidak akan menyebabkan Myanmar kembali bertanding di Piala AFF B-23 edisi kali ini. Namun ia bertujuan untuk mengelakkan lebih banyak pasukan menarik diri dari kejohanan tersebut seperti apa yang berlaku kepada pasukan Myanmar.

Pada Selasa lalu, skuad Myanmar kendalian Velizar Popov bertindak menarik diri daripada kejohanan, beberapa jam sebelum perlawanan menentang Malaysia akibat kekurangan pemain selepas kem pasukan itu dilanda Covid-19.

Sebelum itu, Indonesia turut menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut sehingga menyebabkan Kumpulan B hanya tinggal dua pasukan. Situasi tersebut menyebabkan pasukan negara kendalian Brad Maloney perlu berhadapan dengan Laos dua kali.

Berdasarkan jadual baharu, skuad kendalian Brad Maloney akan menentang Laos pada 18 Februari di Stadium Prince pada pukul 5 petang. Kemudian, mereka akan menentang lawan yang sama di Stadium Nasional Techo Morodok pada 21 Febaruari pada pukul 8 malam.

Pemenang dalam dua perlawanan ini akan dinobatkan sebagai juara kumpulan B sekaligus layak ke peringkat separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN