Elak Boros Seperti Pasukan Lain, Kelantan United Rangka Perbelanjaan Musim Ini

Langkah perbelanjaan secara berhemah diamalkan Kelantan United pada musim ini bagi mengelakkan isu tunggakan gaji yang dilihat semakin menular dalam pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sejak dua tiga musim ini. Perbelanjaan secara berhemah dilihat maampu mengelakkan isu gaji selain daripada menanggung bebanan hutang dalam pasukan.

Wan Roslan Wan Hamat selaku Penasihat Kelantan United menjelaskan kepada BERNAMA mengenai pihak pengurusan telah merangka perbelanjaan secara sistematik mengikut kemampuan terutama sekali ketika ingin mendapatkan khidmat pemain tempatan baharu serta pemain import bagi mengelakkan isu tunggakan berlaku ketika perjalanan liga sedang berlangsung.

“Hasil perancangan itu kita dapat menguruskan perjalanan kewangan dengaan lbih teratur khususnya melibatkan pembayaran gaji pemain walaupun gaji ditawarkan kepada pemain rendah berbanding pasukan lain.

“Oleh sebab itu, semasa kita beraksi di saingan Liga M3 lagi, kita menekankan pengurusan kewangaan secara berhemah dan Alhamdulillah, setakat ini kami tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran yang boleh memberi impaak buruk kepada pasukan,” jelas beliau pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Strategik antara Yakult Malaysia dan Kelantan United pada hari ini.

Dalam majlis itu, Wan Roslan antara yang menyaksikan perjanjian antara Timbalan Presiden Kelantan United Datuk Zamri Ismail serta Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang memeterai perjanjian jangka masa panjang.

Mengulas dengan lebih teliti, Wan Roslan berkata sekiranya terdapat mana-mana pemain yang ingin menyertai Kelantan United, gaji yang bakal ditawarkaan mengikut pada kemampuan pemain tersebut dan ia terserah kepada pemain terbabit sama ada setuju atau tidak untuk menandatangani kontrak yang diberikan.

“Kita tidak mahu tawarkan gaji dengan kadar puluhan ribu ringgit akhirnya kita sendiri yang tidak boleh bayar. Lebih baik kita tawarkan gaji ribuan ringgit berpatutan yang boleh dibayar dengan baik.

“Apabila tiada isu tunggakan gaji ia akan memberi motivasi kepada pemain untuk mempamerkan aksi terbaik untuk pasukan,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Roslan menyasarkan kelab beliau akan berada dalam kedudukan empat terbaik pada saingan Liga Premier yang akan bermula tidak lama lagi.

Sumber:

Leave a Reply