Kehilangan Neymar membuatkan Luis Enrique perlu mencari kaedah dan pelan taktikal lain di bahagian serangan. Beliau memilih untuk bermain sistem berlian dengan 2 penyerang no.9 di hadapan.
Barcelona berjaya memenangi perlawanan ini 2-3.
Susunan taktikal
Real Madrid turun dengan formasi 4-3-3 menggunakan 2 pemain sayap songsang Ronaldo dan Bale.
Barcelona di atas kertas ditulis bermain 4-3-3, tetapi di dalam permainan sebenar mereka bermain sistem 4-1-2-1-2 dengan bentuk berlian di tengah.
Liabiliti Gareth Bale
Bale diberitakan tidak cukup cergas. Namun Zidane memperjudikan nasib pasukan dengan pemain yang tidak cergas.
Apa yang berlaku adalah, Real Madrid berjaya bermain dengan sangat baik pada fasa awal dengan 4-3-3. Namun kerana Bale gagal untuk membentuk BBC di atas garisan serangan bertiga Zidane terpaksa menukar kepada 4-4-2.
Pada fasa 4-4-2, mereka telah memberikan Barcelona peluang untuk Barcelona berkembang dan mencari rentak. Taktikal Real Madrid menjadikan Ronaldo dan Benzema sebagai no.9 berkembar.
[signinlocker id=”42052″]
Zidane ada 2 konflik:
1. Mahu mengeluarkan yang terbaik dari Ronaldo
2. Mahukan Bale ‘masuk’ ke dalam organisasi pasukan
Sistem mereka menjadi kurang jelas pada fasa ini sehinggalah Marco Asensio dimasukkan pada minit ke-39. Barulah mereka kembali kepada 4-3-3.
Bale meninggalkan padang dengan:
0/1 – Take Ons
0 – Peluang dicipta
7/10 – Hantaran tepat
Pada fasa ini, Real Madrid kembali memberikan ancaman kepada Barcelona. Namun Ter Stegen cemerlang menafikan cubaan demi cubaan yang mereka lakukan.
Cengkaman ini diteruskan pada awal separuh masa kedua kerana Asensio sentiasa mencetuskan ancaman dengan bola di kaki beliau.
Perubahan taktikal Enrique
Enrique menggunakan pelbagai perubahan formasi daripada 4-3-3. Pada awal perlawanan mereka banyak bermain dengan sistem diamond di tengah.
2 pemain no.9 di atas akan cuba menjadi outlet Lionel Messi yang bermain sebagai no.10.
Namun sistem ini tidak efektif kerana Alcacer yang seperti tiada keyakinan diri. Alacacer terlalu lemah dalam membuat keputusan dan gerakan.
Di bawah ini adalah penjelasan sistem diamond dengan Messi di no.10. Pemain penting pada fasa ini adalah Iniesta.
Ini antara satu gambaran bagaimana 2 penyerang di atas membantu Messi mencipta ruang di belakang.
Barcelona cuba menggunakan 3-3-1-3 ketika mereka ketinggalan 1 gol. Sistem ini lebih baik namun sekali lagi pemain seperti Alcacer gagal untuk membawa intensiti dalam perlawanan ini.
Pada masa yang sama, sistem ini agak terlalu terbuka di belakang. Mujurlah Busquet dalam prestasi terbaik untuk melakukan aksi pertahanan.
Kemasukan Andre Gomes memperbaiki sistem ini dari segi link up play. Gomes jauh lebih baik daripada Alcacer untuk bermain sistem ini.
Lihat peranan Gomes di sini. Beliau jelas bermain sistem false no.9 menggantikan Alcacer sebagai no.9.
Sistem ini membolehkan Barcelona lebih animasi di tengah terutama sekali selepas Casemiro dikeluarkan.
Pelan taktikal Real Madrid
Real Madrid ada 3 formasi utama dalam perlawanan ini. 4-3-3, 4-4-2 dan akhir sekali 4-1-3-1.
Pada fasa 4-3-3 mereka lebih baik dengan Asensio. Namun selepas gol kedua Rakitic, Zidane memasukkan James untuk membolehkan mereka bermain 4-1-3-1 yang asasnya dari formasi 4-2-3-1 tetapi Ramos kad merah.
Menariknya adalah pelan taktikal Zidane. Pada kedudukan 1-0 mereka memberikan Barcelona peluang untuk menyerang. Pelan mereka agak defensif dan cuba ‘menjemput’ Barcelona menyerang.
Ini kerana mereka mahu melakukan serangan balas. Ia memakan diri kerana, mereka agak pasif dan Barcelona menekan hebat. Iniesta, Rakitic dan Messi iberikan jemputan mara lebih jauh.
Akhirnya Barca menjaringkan gol penyamaan.
Namun sebaliknya pada kedudukan 2-2, Zidane mahukan Real Madrid mencari gol ke-3 dengan 10 pemain.
Zidane ada pilihan untuk permain defensif pada fasa ini. Akhirnya serangan balas terakhir disempurnakan oleh Messi.
Secara keseluruhannya Real Madrid banyak mencipta peluang tetapi banyak yang terbazir. Ronaldo tidak beraksi baik dalam perlawanan ini.
Ronaldo gagal menjadi teamplayer secara taktikal. Hantaran Ronaldo lebih rendah daripada yang dilakukan Ter Stegen. Ya! Itu benar!
Ini adalah passmap Ronaldo:
Dan ini pula Ter Stegen:
James jelas meperbaiki sistem Zidane dengan kemampuan gerakan taktikal beliau yang tinggi. Lihat corak larian dari blind side dilakukan James.
Serangan balas terakhir Barca
Sergi Roberto adalah kunci kepada gol kemenangan ini. Beliau menggerakkan bola dengan kemas. Pada masa yang sama Marcelo memilih untuk tidak melakukan tactical foul.
Messi sekali lagi diberikan ruang besar di zon 14. Satu penyudah yang sangat klinikal.
Rumusan
Barcelona berhak menang kerana mereka lebih banyak pelan taktikal dalam perlawanan ini berbanding Real Madrid yang terpaksa melupakan pelan A terlalu awal.
Ini kerana kesilapan Zidane menurunkan pemain tidak cergas. Ia melibatkan isu pemilihan pasukan dan in-game management. Sedangkan Asensio dalam prestasi terbaik.
Apapun sistem yang digunakan Barca, ia berkaitan dengan Messi, ruang dan kebijaksanaan Messi di zon 14.
Konflik taktikal dan konflik dalam membuat keputusan pada kedudukan 2-2 adalah punca kekalahan Madrid.
Mereka gagal mendapatkan yang terbaik dari Ronaldo dan Bale. Di tengah mereka beraksi sangat baik dengan Casemiro, Modric dan Kroos.
Banyak serangan balas dijana oleh trio ini. Kehilangan Casemiro juga antara sebab Real Madrid sedikit lumpuh.
Zidane terlalu lambat memasukkan James Rodriguez menggantikan Karim Benzema yang tidak efektif. 4-1-3-1 (Ramos kad merah) adalah fasa yang lebih baik.
Mereka dominan dalam 10-15 minit pertama setiap separuh masa. Kemudian Barcelona sentiasa ada pelan untuk keluar dari cengkaman mereka.
Pemain terbaik
Lionel Messi (Barcelona)
Selain Messi, Ter Stegen turut berhak mendapat MOTM. Andre Gomes antara pemain yang memperbaiki sistem Barcelona di dalam perlawanan ini.
Jika tidak, Enrique akan menjadi Zidane, melupakan pelan A lebih awal.
Ia tetap antara el-clasico terbaik kerana penuh drama. Kebangkitan, kad merah, jaringan lewat dan pemain istimewa melakukan perkara istimewa.
Baca juga: Analisis Taktikal: Intensiti JDT Menurun Masa Kedua, Hantaran Lintang Bawa Pahang Ke Semifinal
[/signinlocker]